ISNIN, 28 MAC – Program Charity Book Run and Ride 2016 yang dianjurkan di sekitar UMS pada Sabtu mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 150 penyertaan.
Aktiviti anjuran gabungan kerjasama Jabatan Perpustakaan, Jabatan Bendahari, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) serta Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah itu menyaksikan para peserta perlu berlari sejauh 7 kilometer dan berbasikal sejauh 12 kilometer.
Pustakawan Jabatan Perpustakaan UMS, Mohd. Adam Sabri Magi selaku wakil penganjur berkata, program itu antara lain bertujuan memupuk semangat kebersamaan antara warga UMS dengan masyarakat sekitar sambil membudayakan akitiviti sihat melalui riadah dan menyemai keinginan untuk berkongsi ilmu melalui sumbangan buku.
“Program berkonsepkan sukan sambil menderma ini menyaksikan para peserta menyumbang sekurang-kurangnya dua buah buku bersifat ilmiah atau novel yang ditempatkan di Perpustakaan UMS di samping didermakan ke sekolah-sekolah dan institusi sekitar Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui wakil Media UMS.
Adam menambah, 20 peserta terawal yang berjaya menamatkan perlumbaan memenangi hadiah berupa medal dan sijil.
Pelepasan peserta disempurnakan Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad di Perkarangan Dewan Canselor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan merangkap Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah, Zawawi Tiyunin; Pengarah JPP, Kamisah Husin; Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan dan Pengarah JTMK, Noor Hapipah Samat. -SM-
Foto: Johaidi Ismail



KHAMIS, 24 MAC – Tiga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) akan mewakili UMS dalam Pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) peringkat kebangsaan setelah memenangi pertandingan itu di peringkat UMS, kelmarin.
KHAMIS, 24 MAC - Enam pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara 100 perserta yang menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS ASEAN anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) selama hampir tiga minggu, yang berakhir 8 Mac lalu.
RABU, 23 MAC - Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) meningkatkan kesedaran amalan gaya hidup sihat melalui penganjuran Karnival Sukan, baru-baru ini.
RABU, 23 MAC - Karnival Keharmonian, Integrasi, Toleransi dan Asimilasi (KITA) anjuran Kelab Bahasa Mandarin Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung dengan jayanya di Padang Kawad baru-baru ini.