SELASA, 15 MAC - Seramai tujuh pelajar Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima anugerah biasiswa Repsol 2015 anjuran Talisman Malaysia (Ltd).
Anugerah tersebut disampaikan Pengurus Aset Talisman Malaysia (Ltd) Sabah, Ducan Smart di sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Menurut Ducan, biasiswa tersebut merupakan salah satu program pendidikan dan pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada tanggungjawab sosial korporat Repsol.
“Syarikat kami akan meneruskan usaha ini untuk meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran berkaitan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” ujarnya.
Jelas beliau, biasiswa Repsol menyediakan pembiayaan kewangan antara RM30,000 hingga RM 35,000 bagi setiap jurusan meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup dan pembelian komputer.
“Program ini juga turut menyediakan peluang latihan industri khas untuk pelajar-pelajar tajaan biasiswa Repsol,” tambah Ducan.
UMS merupakan antara empat universiti yang terlibat dalam program biasiswa Respol bersama Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).



ISNIN, 14 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi melalui perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan kepada masyarakat.
FRIDAY, 11 MARCH – The Borneo Marine Research Institute (IPMB) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) has successfully spawned naturally in captivity the Tiger Grouper x Giant Grouper (TGGG) brood stock (F1 Generation) for the first time, yielding high quality eggs and larvae (F2 generation of hybrid).
KHAMIS, 10 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani memorandum Perjanjian (MoA) dengan Persatuan Warisan Sarawak/Sabah Kuala Lumpur dan Selangor (PWSSKLS) yang berlangsung di Pejabat Naib Canselor UMS hari ini.