RABU, 27 JANUARI – Taekwondo terus menjadi sandaran pungutan pingat buat kontinjen Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi dua lagi pingat perak yang diraih pada hari kedua kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016.
Dua pingat tersebut disumbang menerusi acara Poomsae Individu Lelaki dan Wanita yang diwakili oleh Ahmady Radi dan Cheang Pui Song.
Ahmady gagal meneruskan rentak emasnya semalam apabila tewas tipis dengan memperoleh 7 mata berbanding pencabarnya, Yong Jin Kun dari Monash University yang memperoleh 7.12 mata.
Ini sekali gus menjadi pingat ketiga peribadinya apabila berjaya meraih dua emas dalam acara Poomsae berpasukan lelaki dan Poomsae campuran.
Cheang Pui Song yang turut menambah koleksi pingat ketiga dirinya menerusi pingat perak yang diperoleh pada hari ini, juga tewas tipis kepada Yap Khim Wen dari Help University, dengan mata 7.08 berbanding pencabarnya yang memperoleh 7.22 mata.
Sementara itu, sukan Lawan Pedang turut membutirkan satu pingat buat UMS, melalui pingat gangsa yang disumbangkan oleh Teo Zhe Bin dalam acara Foil (Individu) Lelaki.
Sehingga petang tadi, kontinjen UMS masih mendahului senarai pungutan pingat dengan 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa. -MA-
Kredit Foto: Eddy Jamilih, Pusat Sukan



RABU, 27 JANUARI - Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama UMS Investment Holdings Sdn. Bhd (UiNVEST) hari ini menganjurkan Seminar Antarabangsa Kejuruteraan Bioproses (BPE) bertempat di Klagan Hotel 1 Borneo Kota kinabalu.
SELASA, 26 JANUARI - Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA 2016) pada 23 dan 24 Mac 2016, di Hotel Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.
SELASA, 26 JANUARI – Kontinjen Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya meraih pingat emas pertama Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 menerusi sukan Taekwondo yang bermula sejak 24 Januari lalu.
ISNIN, 25 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus maju ke hadapan apabila melonjak 72 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-173 ranking terbaik dunia dalam penarafan UI-GreenMetric World University Ranking 2015.