ISNIN, 30 NOVEMBER – Bersempena musim cuti hujung tahun persekolahan, Pusat Islam UMS dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah serta Persatuan Kebajikan Islam dan Perubatan Sabah (PERKIPS) menganjurkan Program Khatan Perdana Peringkat UMS baru-baru ini.
Bertempat di Masjid UMS, program tersebut mendapat sambutan hangat daripada anak-anak kakitangan universiti dan orang awam.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Md. Razali Saibin, seramai 61 kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun menyertai program berkenaan.
“Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat khususnya kepada Jawatankuasa Pelaksana Program Khatan Perdana atas kejayaan penganjuran majlis ini dan tidak lupa kepada semua peserta kerana keberanian dan keikhlasan hati mereka dalam menyahut seruan tuntutan Islam,” katanya ketika mewakili Naib Canselor UMS pada majlis perasmian.
Salah seorang peserta termuda, Muhammad Syahmi Md. Suhaimi,7, ketika ditemui wakil media UMS memberitahu beliau sangat teruja dan menyertai khatan perdana tanpa dipaksa.
Pada program tersebut, Pusat Zakat Sabah telah memberi sumbangan RM80 kepada setiap peserta khatan.
Seramai tujuh jurukhatan dari PERKIPS telah terlibat dengan diketuai Tuan Haji Loso Wakiau.
Hadir sama, Pemangku Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Prof. Dr. Zainal Arifin Mustapha. - SM
Foto: Malik Hanafi Achmad Rofi’ie, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam



JUMAAT, 27 NOVEMBER - Delegasi pelajar Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Ketua Program Pendidikan Dengan Sains Sosial, Dr. Dg Norizah Binti Ag Kiflee @ Dzulkifli telah mengadakan ‘Kajian Lapangan Rentas Sempadan Geografi dan Jalinan Muhibbah Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Brunei Darussalam baru-baru ini.
JUMAAT, 27 NOVEMBER – Pertandingan boling terbuka ‘UMS Singles 10 –Pin Bowling Knock-Out’ telah berjaya menarik banyak penyertaan daripada kakitangan UMS dan orang awam baru-baru ini.
KHAMIS, 26 NOVEMBER - Majlis Anugerah Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2015 menghargai komitmen para penyelia dan kejayaan pelajar pascasiswazah yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada tahun ini.
RABU, 25 NOVEMBER – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Sabah) telah menganjurkan program Sabah Sustainabality Volunsharing 2015, baru-baru ini.