RABU, 12 NOVEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah telah mengumumkan pewujudan Tabung Amanah Biasiswa untuk kemudahan siswa-siswa universiti itu.Menurut beliau, tabung tersebut akan memberi bantuan biasiswa kepada mahasiswa UMS melalui sumbangan yang bakal diberikan oleh warga Universiti EkoPelancongan itu.
“Untuk ini, saya menyeru dan mempelawa agar warga UMS tampil ke hadapan memberi sumbangan ke atas tabung amanah biasiswa ini yang bakal memberi faedah kepada anak bangsa kita,” katanya pada majlis perasmian Minggu Bertemu Pelanggan Jabatan Bendahari, Perpustakaan dan Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan UMS, kelmarin.
Ujar beliau, tabung tersebut akan diuruskan oleh Seksyen Endowment UMS.
Menyentuh mengenai program Minggu Hari Bertemu Pelanggan itu, Datuk Dr. Harun menyatakan sokongan terhadap program yang disifatkannya amat bermanfaat.
“Tanpa rasa prejudis dan malu, nyatakanlah segala pandangan, aduan, cadangan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Bendahari, Perpustakaan dan JPP supaya yang salah dapat dibetulkan, yang kurang ditambah dan yang kompleks dipermudahkan.
“Saya juga yakin kepelbagaian aktiviti sepanjang minggu ini boleh memberikan manfaat yang sangat banyak kepada kita semua dari segi ilmu pengetahuan, hubungan baik, jalinan kerjasama dan banyak lagi,” tambah beliau lagi. –SS
Bahagia Media dan Citra
Jabatan Canselori



RABU, 12 NOVEMBER - Inisiatif Pusat Pengurusan EcoCampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak terhad kepada program melibatkan pembangunan mampan kampus universiti, tetapi juga turut menekankan aspek pendidikan terhadap amalan kelestarian alam sekitar kepada masyarakat awam.
SELASA, 11 NOVEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak pernah menghalang kakitangan atau para pelajar untuk menganjurkan sebarang aktiviti perayaan di dalam kampus.
SELASA, 11 NOVEMBER – Satu majlis penyerahan watikah pelantikan panel kontraktor kerja-kerja penyelenggaraan kecil di kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan di Café D’Sireh, Bangunan Canselori, kelmarin.
SELASA, 11 NOVEMBER - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd.Harun Abdullah akan bersiaran secara langsung di RTM 1, TV AlHijrah dan Astro Awani pada 12 dan 13 November ini.