RABU, 17 OGOS - Sempena sambutan bulan Kemerdekaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan satu ‘Larian Merdeka 10km ke Puncak UMS’ pada 27 Ogos 2016.
Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat’ (KARIB) di bawah seliaan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KARIB , aktiviti larian itu bertujuan untuk memperkukuhkan semangat patriotik bukan sahaja dalam kalangan warga UMS tetapi juga orang ramai yang mengambil bahagian.
Program itu juga dilihat bertepatan dalam membudayakan warga UMS dan orang ramai dengan amalan gaya hidup sihat melalui acara riadah dan rekreasi seumpama itu.
Kenyataan itu memaklumkan, larian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita dengan yuran penyertaan serendah RM30 untuk warga UMS dan pelajar sekolah menengah manakala RM50 untuk dewasa (terbuka untuk semua).
Pendaftaran lewat juga boleh dilakukan semasa larian berlangsung dengan bayaran yuran RM60. Yuran penyertaan termasuk t-shirt aktiviti dan kelengkapan larian.
Peserta yang berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer itu akan menerima sijil penyertaan.
Tiga pelari terpantas untuk kategori lelaki dan perempuan akan memenangi trofi serta sijil dan 25 pelari pertama kedua-dua kategori akan mendapat medal berserta sijil.
Borang penyertaan boleh diperolehi melalui laman Facebook Larian Merdeka 10km ke Puncak UMS atau datang ke pejabat pentadbiran PPIB.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi penyelaras program, Erwin Rusfian di talian 014-3335392.



RABU, 17 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan telah menganjurkan Program Motivasi Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat baru-baru ini.
RABU, 17 OGOS - Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dukacita dimaklumkan Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi "Merancang Kembali Kewangan Anda", yang dijadualkan pada 17 Ogos 2016 (Rabu) jam 2.00 petang DITUNDA kepada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
JUMAAT, 19 OGOS – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa memberi kemahiran asas kepada pelajar UMS sejajar dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan ‘Keusahawanan, Holistik dan Seimbang.
SELASA, 16 OGOS 2016- Persidangan Pendidikan Malaysia kali ke-10 (MSC10) berlangsung dengan jayanya di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.