RABU, 20 JULAI – 584 bakal haji mengikuti Kursus Perdana Haji 1437H/2016M Peringkat Negeri Sabah Zon Pantai Barat anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Kursus tersebut dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali.
Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada TH atas komitmen memastikan semua program dan akltiviti para bakal haji dilaksanakan dengan jayanya.
Beliau berpesan agar bakal-bakal haji sentiasa menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubat yang cukup kerana ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal terutama semasa di Arafah, Muzdalifah dan melaksanakan ibadat melontar di Jamrah.
Menurut salah seorang jemaah haji, Sahara Jais, 43, kursus Perdana Haji sangat penting untuk memberi pendedahan dan gambaran suasana di tanah suci nanti agar jemaah haji akan lebih bersedia.
“Ini merupakan kali pertama saya menunaikan ibadah haji ke tanah suci, saya amat gembira dan berterima kasih kerana terpilih mengikuti kursus haji ini,” katanya yang berasal dari Kg. Gudon.
Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Kanan, Sumber Manusia TH, Tuan Haji Hisham Harun dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin.



RABU, 20 JULAI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Mohd. Harun Abdullah menyambut baik kedatangan rombongan 55 orang China bersama ahli-ahli Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sabah ke kampus UMS.
ISNIN, 18 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Unit Pembangunan Penyelidikan dan Kesihatan (DHRU) mengadakan pertukaran dokumen perjanjian bersama EcoHealth Alliance bagi penajaan pelajar pascasiswazah UMS di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif hari ini.
KHAMIS, 14 JULAI - Seramai 16 murid tadika Pusat Minda Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeriahkan Bengkel Pendidikan Muzik Awal Kanak-kanak hari ini.
KHAMIS, 14 JULAI – Unit Penyelidikan dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah membuat kunjungan mesra di rumah anak-anak yatim dan miskin di Home Tuaran baru-baru ini.