ISNIN, 20 JUN - Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat the International Sustainable Campus Network (ISCN) bagi tempoh dua tahun bermula Jun 2016.
Pelantikan itu sekali gus menjadikan UMS sebagai universiti pertama di Malaysia yang dilantik ke jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada 20 ahli ISCN dari universiti terkemuka dunia.
Menurut Dr Hassanal, jawatankuasa tersebut bertindak sebagai badan pemikir dalam kelestarian kampus di dunia yang berpusat di Zurich, Switzerland.
“Antara tugas-tugas utama semua yang dilantik termasuklah membentuk cadangan dan memandu pembangunan organisasi dan kandungan program ISCN,” katanya ketika ditemui media selepas tiga hari menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penasihat ISCN di University of Siena, Itali baru-baru ini.
Dr. Hassanal turut menyuarakan rasa berbesar hati atas pelantikan tersebut dan sangat berbangga kerana ISCN mengiktiraf UMS sebagai kampus lestari bertaraf global.
“Pengarah Eksekutif ISCN, Zena Harris turut menyampaikan salam kepada pihak UMS dan berharap agar pihak universiti sentiasa bersama-sama ISCN untuk terus menjadi inovatif dan inklusif di peringkat global melalui pembentukan Jawatankuasa Penasihat ISCN itu,” tambah beliau.
Untuk rekod, UMS juga merupakan universiti pertama di Malaysia yang diterima sebagai ahli institusi ISCN pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada inisiatif EcoCampus.
UMS terus aktif dalam aktiviti-aktiviti kelestarian kampus global terutamanya dengan Regional Conference on Campus Sustainability (RCCS) pada setiap tahun dan kini menduduki tangga ke-173 sebagai sebuah universiti lestari di UI-GreenMetric World University Ranking. - SS



KHAMIS, 16 JUN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini tampil menghulurkan bantuan kepada lebih 2,000 mangsa kebakaran dalam tragedi 23 Mei di Kampung Landung Ayang, Kudat.
RABU, 15 Jun - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Kumpulan Penyelidikan ‘Sustainability Initiative in the Marginal Seas of South and East Asia’ (SIMSEA) baru-baru ini.
SELASA, 14 JUN – Pusat Minda Lestari (PML) baru-baru ini menganjurkan Temasya Sukaneka bagi program Tadika Minda Lestari buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PML.