JUMAAT, 22 APRIL - Exco Kebudayaan dan Kesenian, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha, Universiti Malaysia Sabah telah menjayakan program kesedaran kesihatan ‘Budaya Sihat Tinggi Nilainya’ baru-baru ini.
Program dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS dan Hospital Queen Elizabeth itu disertai seramai 150 orang pelajar UMS, selain turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air, Nazrief Nazri selaku artis jemputan pada hari tersebut.
Menurut pengarah program, Muhammad Hamka Hashim, program ini merupakan satu kesinambungan terhadap program sebelum ini, iaitu program ‘Kesihatan Tinggi Nilainya (KANTA).
“Program pada kali ini turut memuatkan beberapa aktiviti lain seperti persembahan kumpulan buskers dan juga pertandingan karaoke secara percuma kepada seluruh pengunjung yang hadir sebagai satu kaedah menarik lebih ramai penyertaan kepada masyarakat awam, sekali gus mampu mencapai objektif program dalam memberikan kesedaran terhadap nilai budaya hidup sihat,” katanya.
Antara aktviti menarik yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah aktiviti “Zumba For Health” pemeriksaan kesihatan secara percuma, aktiviti derma darah, cabutan bertuah, dan sesi cermah kesihatan oleh wakil pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS



KHAMIS, 21 APRIL - Pelbagai acara akan menjadi pengisian Roadshow dan Hari Bertemu Pelanggan, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) pada 27 April 2016.
RABU, 20 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan logo universiti sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) UMS.
RABU, 20 APRIL - Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak agar tidak menggunakan logo universiti sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) UMS.
RABU, 20 APRIL – Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) memenangi dua anugerah emas dalam ‘Lean Management’ di Konvensyen Mini dan Team Excellence Sabah 2016, dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) baru-baru ini.