SELASA, 18 OGOS - Seramai 30 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terlibat dalam Program 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean (1MG,1MC) sempena Kota Kinabalu City International Folklore Parade baru-baru ini.
Sabah International Folklore Festival atau singkatan SIFF merupakan acara kebudayaan yang dianjurkan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan tahun ini adalah merupakan penganjuran SIFF ke-10.
Pada perarakan tersebut, para pelajar UMS diberi peluang untuk mengiringi kumpulan-kumpulan tarian luar negara disamping melakukan kerja amal dengan membersihkan kawasan laluan perarakan.
Perarakan yang bermula dari Wisma Budaya dan berakhir di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu tersebut adalah berjaya memperkenalkan budaya negara luar kepada masyarakat tempatan.
Program tahunan itu turut dihadiri oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah, Datuk Wences Anggang.
Sumber: Norhana Nordin, HEPA
Foto: Wenlley Ijoy, HEPA



ISNIN, 17 OGOS
JUMAAT, 14 OGOS - Seramai 107 ahli perubatan menyertai Bengkel Ultrasound kali ke-3 anjuran Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula hari ini.
JUMAAT, 14 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri dalam Pertandingan Tarian Antarabangsa, 1World Culture : International Students Cultural Festival Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sempena Minggu Pendidikan Tinggi Malaysia 2015.