Oleh Salbinous Saribun
SELASA, 11 OGOS - Boling Media dan Selebriti 2015 anjuran Radio KKFM, Bahagian Perhubungan Korporat Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung gilang-gemilang pada Ahad.
Pertandingan yang bertempat di kompleks membeli-belah 1Borneo menyaksikan penglibatan artis-artis tempatan serta media-media cetak dan elektronik.
Antara yang hadir termasuklah pasukan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), The Borneo Post, Daily Express, Sabah Creative Industry Group Movement (SCIGM) dan KKFM Friends Club.
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Bahagian Perhubungan Korporat UMS, Vina Zahriani Yusof.
Dalam ucapannya beliau merakamkan penghargaan atas sambutan baik daripada kalangan media dan artis tempatan dalam program yang dianjurkan buat kali keempat itu.
Katanya, program seperti itu perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara UMS menerusi KKFM, media dan juga selebriti.
Program itu menyaksikan pasukan RTM muncul juara apabila berjaya menyingkirkan 15 pasukan lain dengan jatuhan pin sebanyak 1,123.
Bahagian Media dan Citra



SELASA, 11 OGOS – Kelab Surirumah dan Staf Wanita (KESUMBA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM2,000 kepada Aman Palestin, cawangan Sabah.
ISNIN, 10 OGOS - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Karnival Sukan baru-baru ini sebagai memupuk semangat bersukan dalam kalangan kakitangan.
ISNIN, 10 OGOS - Kursi Kadazandusun dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Summer Insititute of Linguistic (SIL) Malaysia menganjurkan bengkel mengkaji semula data bahasa Sabah dalam Ethnologue.