KHAMIS, 15 OGOS - Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi pada 29-30 Ogos ini.Menurut kenyataan yang yang dikeluarkan oleh sekolah tersebut, seminar berkenaan akan diadakan bertempat di Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS dan dikendalikan oleh tiga tokoh akademik terkemuka negara dalam bidang berkaitan.
Bertemakan Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah dan Geografi, seminar tersebut antara lain bertujuan bagi mengenal pasti isu dan cabaran dalam pendidikan Sejarah dan Geografi disamping menegaskan kepentingan bidang berkenaan dalam melahirkan individu berpatriotisme dan mencintai khazanah alam.
Selain itu, ia juga bagi menjana idea untuk mendapatkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dan Geografi yang menerapkan nilai-nilai patriotik dan mencintai khazanah alam serta menjalinkan kerjasama intelektual dan profesional untuk memperkasakan kedua-dua bidang tersebut.
Sehubungan itu, mereka yang berminat boleh menghubungi sekretariat seminar di talian 088-320117 atau melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Oleh Salbinous Saribun
Sumber: SPPS
Jabatan Canselori



WEDNESDAY, 14 AUGUST – Do you have ideas that you want to share with the Vice-Chancellor? Then wait no more! Send them now to
TUESDAY, 13 AUGUST – Grup Teater Lab (G-Tel) of the School of Arts (SPS) will represent Universiti Malaysia Sabah (UMS) at the State Level Theatre Festival 2013.
MONDAY, 12 AUGUST – Applicants who have applied to Universiti Malaysia Sabah (UMS) Postgraduate courses for the Semester 1 2013/2014 session can now check the status of their application online.
WEDNESDAY, 07 AUGUST – In welcoming the month of Syawal, our strength and determination which we had planted throughout Ramadan should not waver but continue all through the months. Thus, in conjunction with the Eid-al Fitr on 1 Syawal 1434 Hijrah, residents staying around Sepanggar area are invited to perform the Solat Sunat Eid-al Fitr at UMS Mosque.