biskut fsmp

KHAMIS, 25 JUN - Sempena sambutan Aidilfitri pada Julai depan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini melancarkan tempahan dan jualan Biskut Berserat Tinggi.

Menurut Pegawai Penyediaan Makanan FSMP, Noorfarahzilah Masri , biskut yang dikenali sebagai Royal Dean’s Cookies itu boleh ditempah bermula hari ini dan dijangka akan mula diagihkan Selasa depan.

“Biskut ini diperkenalkan kepada warga kampus dan orang ramai dengan harga promosi RM 18 setin iaitu setiap tin mengandungi 30 biskut yang rangup serta memiliki 20 peratus lebih serat, bebas translemak dan tanpa bahan pengawet,” ujar beliau.

Tambah beliau, biskut berperisa butter dan oat itu dianggarkan terjual sebanyak 1000 tin menjelang bulan Syawal nanti.

“Ini merupakan salah satu aktiviti warga FSMP dan ia sekali gus dilihat mampu menjana pendapatan untuk fakulti,” katanya.

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Erna ditalian 088-320000 sambungan 8733 atau Masran ditalian 014-6530687.–ZMD

Bahagian Media dan Citra

RABU, 02 DISEMBER - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Teknologi Seni Visual (PTSV), Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) berjaya memenangi 5 buah anugerah filem dalam penyertaan sulung mereka di Festival Kandungan Kreatif Pelajar Malaysia kali ke-12 yang dianjurkan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada 28 hb November 2015 baru-baru ini.

Penyertaan melalui dua buah filem iaitu filem pendek bertajuk Slayer dan dokumentari bertajuk Angkiluang yang kedua-duanya diarahkan oleh Mohd Syaiful Reezal Harith ketika berada di tahun akhir pengajian itu ternyata menghasilkan sesuatu yang bermakna apabila kedua-dua buah filem tersebut berjaya merangkul hadiah utama dan hadiah sampingan yang dipertandingkan.

Filem Slayer yang bergenre fiksyen sains dengan pembikinannya menggunakan teknik janaan komputer ternyata telah menarik minat para juri yang mengadili filem tersebut apabila berjaya menggondol empat buah anugerah iaitu skrip terbaik, pelakon terbaik, grafik terbaik dan anugerah Inovasi Sematik & Simbiosis.

Manakala dokumentari Angkiluang yang memaparkan pahlawan Murut dan mempunyai kelainan dari aspek struktur penceritaan yang menggabungkan dokumentari dan drama telah menggondol hadiah utama sebagai dokumentari terbaik keseluruhan.

Menurut Syaiful, beliau melahirkan kesyukuran kerana kedua-dua buah karyanya berjaya mendapat perhatian daripada juri yang menyaksikan karyanya menggondol beberapa hadiah utama.

“Kedua-dua filem ini dihasilkan dengan semangat untuk menghasilkan karya filem yang berbeza dan diterima oleh audiens dengan mennjadikan teknik penggunaan imej janaan komputer dan sumber cerita rakyat negeri Sabah sebagai keistimewaan berbanding dengan filem-filem lain.”

“Sebelum ini, filem Slayer pernah memenangi hadiah Kesan Visual Terbaik di Mini Filem Festival ke-11 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan kemenangan di festival ini bagi kategori grafik terbaik membuktikan bahawa filem yang bercirikan janaan komputer mempunyai keistimewaan tersendiri,” katanya ketika dihubungi.

Menceritakan penghasilan kedua-dua buah filem tersebut, Syaiful memberitahu bahawa cabaran paling utama adalah bajet yang menyebabkan beliau harus berfikir lebih kreatif dan banyak melakukan proses pembikinan terutama proses pascaproduksi seperti penyuntingan dan kesan khas secara bersendirian.

Malah katanya, bantuan rakan-rakan sepengajian yang bersama-sama turut membantu menjadi krew produksi telah mengatasi cabaran kekurangan bajet yang dihadapi.

Filem pendek Slayer merupakan projek kumpulan yang dihasilkan dengan kos RM2,000.00 banyak menggunakan elemen grafik dan janaan komputer yang dihasilkan sendiri oleh Syaiful.

Manakala filem dokumentari Angkiluang pula merupakan projek tahun akhir beliau dengan kos produksi sebanyak RM4,000.00.

“Saya beruntung kerana rakan-rakan dan para pensyarah banyak membantu saya untuk memperbaiki hasil karya ini sehingga membolehkan kedua-dua buah filem ini berjaya disiapkan dan seterusnya memenangi anugerah dalam festival filem pelajar,” katanya gembira.-CD

Sumber: Prof. Madya Dr Zairul Anuar Md Dawam, FKSW

Oleh Faezah Mohamad Dun

Foto : Johaidi Ismail

SELASA, 01 DISEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mencipta sejarah apabila menerajui  Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Pertanian yang dirasmikan  Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin, semalam.

Penubuhan ICoE Kluster Pertanian merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan para graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selari dengan kehendak pasaran.

Berucap pada majlis tersebut, Datuk Yahya berkata, dengan adanya usahawan tani yang berpendidikan, sektor pertanian mampu bergerak pantas dengan lebih inovatif, kreatif dan mengadaptasikan teknologi pertanian terkini.

“Saya menyeru agar agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah agar memberikan sokongan dan kerjasamakepada ICoE Kluster Pertanian ini,” ujarnya.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata pelantikan UMS sebagai peneraju bagi ICoE pertanian merupakan satu pengiktirafan kepada UMS dan Fakulti Pertanian Lestari.

“Diharap dengan adanya ICoE ini, isu dan cabaran kebolehpasaran yang dihadapi graduan Malaysia pada masa kini dapat dikurangkan.

“Disamping itu, peratusan pengangguran dalam kalangan graduan lepasan universiti juga dapat diturunkan ke tahap yang minima,” tambahnya.

ICoE Pertanian menawarkan kerjasama institusi dengan syarikat-syarikat di dalam industri pertanian melalui empat struktur utama iaitu  Agro-Mentor Program, Agriculture Structured Internship Program, Training of Trainers dan Graduate Employability Program.

SELASA, 1 DISEMBER - Seramai 120 penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan diraikan siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam satu program lawatan ke rumah kebajikan tersebut baru-baru ini.

Program lawatan anjuran Kursus Seni Khat, Pusat Kokurikulum dan Kemajuan Pelajar (PKPP) dengan kerjasama Pusat Islam UMS melibatkan 80 pelajar UMS yang diketuai pensyarah Kursus Seni Khat, Jimmis Jumaat.

Menurut Jimmis, program itu antara lain adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar universiti dengan penghuni rumah-rumah kebajikan seperti Rumah Anak Yatim Tambunan.

“Melalui program ini juga kita dapat menerapkan lima kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar UMS iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, moral dan etika profesional, serta kemahiran kepimpinan,” katanya.

Beliau menambah, beberapa aktiviti berasaskan membina kumpulan yang dijalankan bersama anak-anak yatim yang terdiri daripada kanak-kanak dan golongan remaja juga mampu meningkatkan daya kreativiti sekali gus mencungkil bakat anak-anak yatim tersebut.

Selain aktiviti bersama penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan katanya, rombongan UMS turut menyampaikan sumbangan berupa wang, peralatan sukan, buku dan bekas pensil sebagai persediaan kepada anak-anak yatim tersebut menjalani sesi persekolahan pada tahun hadapan.

“Usaha pihak UMS membawa pelajar-pelajarnya untuk giat dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini diharap mampu menjadi teladan kepada masyarakat luar khususnya agensi kerajaan dan swasta yang lain dalam memupuk kesedaran terhadap nasib dan masalah golongan kurang bernasib baik ini,” ujar Jimmis. 