PPUMS kepimpinan baruJUMAAT, 26 JUN –Ketua Bahagian Perhubungan Korporat, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azmi Jumat dipilih sebagai Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) berkuatkuasa kelmarin.

Beliau diundi menang tanpa bertanding pada proses pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi sempena Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS ke-9 di sebuah hotel di Kota Kinabalu.

Pada pemilihan itu menyaksikan ramai muka baharu diberi kepercayaan menyandang jawatan tertinggi pada kali ini.

Mereka ialah Timbalan Ketua Pegawai Sains Institut Penyelidikan Bioteknologi, Yusup Laupe (Timbalan Presiden); Penolong Pendaftar Kanan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Alna Tugon (Setiausaha) dan Penolong Pendaftar Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Mohd Khairuddin Ahmad selaku Penolong Setiausaha.

Jawatan Bendahari pula disandang Penolong Bendahari Kanan Jabatan Bendahari, Siti Aisah Ismail yang juga menang tanpa bertanding.

Turut dijalankan proses pemilihan 10 exco PPUMS di samping simbolik penyerahan tugas antara mantan Presiden, Zawawi Tiyunin kepada Azmi.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah dengan dihadiri Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Ag Amit dan Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj Ahmad. -SS

Foto: Musaab Umair

Bahagian Media dan Citra

VC mesyuarat dLabuanJUMAAT, 26 JUN - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Pagi UMS Bil 2/2015 Kali Ke-171 2015 di Bilik Seminar, Bangunan Menara, UMS Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) hari ini.

Mesyuarat yang bermula pukul 10.00 pagi itu turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Shahril Yusof dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Pemangku Pendaftar, No’man Datuk Haji Ahmad dan Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik.

Turut hadir Pemangku Bendahari, Zallifah Shadan, Ketua Pustakawan, Dg Rukiah Amit, Dekan-dekan dan ketua-ketua jabatan di UMS.

Terdahulu, Mohd Harun mendengar taklimat pembangunan yang disampaikan oleh Dr. Murnizam dan melawat tapak-tapak projek pembangunan di kolej-kolej kediaman serta kemudahan sukan.

Pada sebelah petang, Mohd Harun akan meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Naib Canselor Bersama Kakitangan di ruang legar, Bangunan Menara. –SS

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Azri Onn

http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/VC_PPUMS_puji.jpgJUMAAT, 26 JUN- Naib Canselor, Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah memuji Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) kerana sentiasa aktif dalam menjalankan aktiviti.

Katanya, persatuan itu dilihat paling maju ke hadapan antara semua persatuan yang ada di universiti.

"Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli PPUMS yang sentiasa memberi komitmen dan terus memastikan persatuan ini bergiat aktif dan sentiasa bersama-sama mengangkat martabat UMS,” ujarnya.

Tambah beliau, PPUMS tidak pernah mengajukan isu kenaikan pangkat kepada universiti, tetapi lebih kepada menjaga kebajikan para ahli.

“Saya sangat tertarik dengan peranan yang dimainkan PPUMS khususnya dalam kalangan ahli jawatankuasa tertinggi... harapan saya mereka yang terpilih pada kali ini akan meneruskan legasi kecemerlangan terdahulu,” jelas  Datuk Harun pada ucapan perasmian penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS kali ke-9.

Beliau turut berpesan agar semua ahli persatuan terus mengamalkan budaya kerja yang baik dan memelihara hubungan akrab sesama pekerja sekali gus mengukuhkan sistem penyampaian kepada pelanggan.  

Datuk Harun kemudiannya turut menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan kepimpinan PPUMS Sesi 2013/2015, selain bersama-sama para ahli persatuan itu menikmati juadah berbuka puasa.-SS

Foto: Musaab Umair

Bahagian Media dan Citra

Tampulan KAL

KHAMIS, 25 JUN - Seramai 20 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) mengadakan program Jelajah Kasih Sayang Siswa Siri 1 2015 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan, Telipok, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMSKAL, Mas Adi Alimin berkata program itu bertujuan untuk membantu mengasah kebolehan mahasiswa belajar berkomunikasi dengan masyarakat luar di samping memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan warga universiti.

Pada majlis itu, pihak UMS Labuan turut menyumbangkan peralatan sekolah termasuk alat tulis, beg, baju uniform dan wang tunai. “Mahasiswa UMSKAL turut mengadakan aktiviti latihan dalam kumpulan, mencungkil bakat murid SK Tampulan dengan pelbagai permainan menarik, “ katanya.

Seramai 80 murid SK Tampulan terbabit dalam program di samping 16 guru dan kakitangan.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua PIBG, Martin Petrus dan Guru Besar, Paulus Duasa. 

Rombongan UMS Labuan itu diketuai Pegawai Pengiring, Mohd Fazlie Ardain dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Amos Peter. –SS

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Azri Onn