Kerjasama antara Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sebuah syarikat minyak dan gas, Eternity Mode Sdn Bhd, bakal membawa perubahan besar kepada penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

Melalui kerjasama penyelidikan tersebut, sebuah inovasi sistem penapisan air yang dibangunkan oleh penyelidik UMS, Dr. Clarence M. Ongkudon akan dapat menyalurkan bekalan air bersih secara konsisten di kawasan berkeperluan.

Menurut Clarence, dengan menggunakan teknologi itu, sebanyak 50 hingga 100 liter air dapat disalurkan dalam masa satu jam, yang mana jumlah itu adalah dua kali lebih tinggi daripada kapasiti semasa.

“Kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan teknologi penapisan air monolitik UMS untuk membina sistem yang beroperasi sepenuhnya dan tersedia secara komersial untuk dipasang di kawasan-kawasan terpencil seperti Kampung Long Pasia, Sipitang, dan Kampung Guakon, Tamparuli.

“Teknologi ini dibangunkan berdasarkan membran poli metakrilat yang boleh dikitar semula dan dijaga dengan menggunakan teknologi tempatan. Dengan adanya sistem ini, ia dijangka dapat menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) keenam iaitu sumber air bersih dan sanitasi.

“Kos teknologi yang rendah menjadikan inovasi ini sebagai penyelesaian yang ideal untuk kegunaan yang meluas di kawasan pedalaman dan sebagai model untuk projek pembangunan masa hadapan,” katanya.

Teknologi ini dianggarkan berjumlah RM50,000 dan dibiayai melalui Skim Gran Inovasi (SGI) daripada Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS serta dilindungi di bawah paten milik UMS.

Pada majlis menandatangani perjanjian penyelidikan itu, UMS diwakili Dr. Clarence manakala Eternity Mode diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Gesiri Gambung sambil disaksikan oleh Pengarah IPB, Prof. Dr. Lee Ping Chin dan Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi IPB, Dr. Kenneth Francis Rodrigues.

Kata Lee, kerjasama tersebut adalah selaras dengan visi UMS untuk menyelesaikan masalah dalam komuniti setempat melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk mengadakan kerjasama bersama Beihua University, China bagi bidang penyelidikan herba dan perubatan tradisional.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, kerjasama tersebut antara lain adalah berkaitan penyelidikan terhadap tumbuh-tumbuhan di negeri Sabah yang berpotensi diketengahkan sebagai produk perubatan tradisional.

“Sabah sememangnya kaya dengan sumber-sumber semula jadi khususnya hutan Sabah yang mempunyai khazanah spesies tumbuhan yang pelbagai dan mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi.

“Justeru itu, UMS sebagai salah sebuah menara gading di negeri ini bertekad untuk menerajui penyelidikan khazanah semula jadi di Sabah bagi manfaat baik untuk universiti mahupun sumbangan kepada negeri Sabah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memeterai hasrat kerjasama dengan Beihua University ketika menyertai lawatan kerja delegasi kerajaan negeri Sabah ke universiti tersebut baru-baru ini.

Beliau mewakili UMS menandatangani Surat Niat (LoI) bagi pemeteraian hasrat tersebut, manakala Vice-Principal of Beihua University, Prof. Yu Fanhua mewakili universiti yang berpusat di Wilayah Jilin, China tersebut.

Kasim turut memaklumkan, Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) dan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) akan menerajui kerjasama tersebut bagi pihak UMS.

“Kolaborasi tersebut akan melibatkan mobiliti pelajar, pertukaran tenaga pakar, perkongsian bersama geran, penyelidikan dan guna sama makmal kajian.

“Kerjasama ini penting dalam membantu meningkatkan kesedaran generasi muda berkenaan kepentingan pengetahuan tradisional dalam bidang etnobotani,” kata Kasim.

Ujar beliau, usaha tersebut sekali gus membantu dalam meningkatkan keupayaan perubatan tradisional sebagai kaedah perubatan alternatif yang melengkapi perubatan moden dalam menangani cabaran era pandemik.

Turut menyertai Kasim dalam lawatan kerja tersebut Pengarah IBTP, Prof. Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim

 

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan COVID-19 (PKTC-19) dengan kerjasama Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dan Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Latihan Penghapusan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes (PTP) di Kolej-Kolej Kediaman UMS bertempat di Bilik Seminar Inkubator Akuakultur, IPMB baru-baru ini.

Program tersebut yang turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu telah disertai oleh wakil-wakil felo kediaman, pelajar dan kontraktor pembersihan kampus UMS.

Menurut Pengarah PKKP UMS, Profesor Dr. Khamisah Awang Lukman, program itu antara lain bertujuan memberi latihan kepada kakitangan UMS bagi mengenal pasti tempat-tempat umum yang kebiasaannya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Selain itu program ini bertujuan untuk memberi latihan kepada kakitangan UMS bagaimana untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan cara betul.

“Di samping itu, kakitangan yang diberi latihan kelak dapat mempraktikkan amalan cari dan musnah bagi memastikan persekitaran UMS bebas aedes,” ujarnya.

Tambah Khamisah, program tersebut merupakan inisiatif PKTC-19 dan PKKP bagi membantu Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu mengawal risiko jangkitan denggi di dalam kampus UMS.

“Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta berganding bahu bagi memastikan kejayaan penganjuran program latihan ini dan berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat jabatan masing-masing khususnya bagi menghapuskan aedes dan mencegah berlakunya kes denggi, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kesihatan warga UMS secara amnya,” katanya.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil dari Unit Vektor Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dina@Fidelia Anna Peter Marius.

Manakala sesi PTP turut dijalankan di sekitar hatceri ikan dan udang IPMB, asrama pelajar IPMB, Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) dan Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF).

Hadir sama, wakil PKTC-19, Prof. Madya Dr. Azizan Omar dan Dr. Muhammad Aklil Abdul Rahim serta Timbalan Ketua Pegawai Sains IPMB, Motinius Guntalib.

 

 

Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpeluang meneroka kerjasama dengan Kibing Solar, salah sebuah syarikat dari China yang merupakan syarikat berteknologi tinggi berintegrasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan jualan “photovoltaic glass” serta industri tenaga baharu.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau berkata, rangkaian kerjasama ini akan merangkumi pihak industri dan juga komuniti.

“Melalui syarikat yang didaftarkan di Sabah iaitu Sbh Kibing New Materials (M) Sdn. Bhd., syarikat industri tersebut telah menyatakan hasrat dan minat untuk mengadakan jalinan kerjasama dengan pihak FSSA dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar dan juga latihan industri pelajar.

“Pihak FSSA turut menyampaikan hasrat berkolaborasi dalam memberikan latihan Bahasa iaitu Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kepada alumni pelajar China dan kakitangan Kibing Solar,” katanya dalam satu kenyataan.

Jualang memaklumkan perkara tersebut merupakan inti perbincangan ketika kunjungan daripada pihak Sbh Kibing Solar Materials (M) Sdn. Bhd. yang terdiri daripada Pengarah Sumber Manusia, Julia Wang; Pengurus Sumber Manusia, Zou Qiankun; dan Pengarah Perhubungan Awam, Eve Charlie ke FSSA baru-baru ini. 

“Turut dibincangkan pada pertemuan ini peranan fakulti dalam membantu bidang penyelidikan dengan kepakaran yang ada serta penglibatan beberapa jabatan dalam UMS seperti Institut Confucius, Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri serta Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global.

“Pihak Kibing Solar juga berharap hubungan di antara kedua-dua pihak dapat direalisasikan dengan memeterai Surat Niat (LOI) dan juga Memorandum Persefahaman (MOU) dalam masa terdekat,” ujar beliau.

Hadir sama Pengarah Institut Confucius, Prof. Dr. Chong Khim Phin; Timbalan Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri, Dr. Chin Pei Yee; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) FSSA, Prof. Madya Dr. Rodeano Roslee; dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), FSSA Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien.

 

KOTA KINABALU – A delegation from Universiti Malaysia Sabah (UMS) consisting of Doctor of Public Health (DrPH) students (Cohort 2021/2024) and two senior lecturers, Dr. Mohd Faizal Madrim and Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad from the Faculty of Medicine and Health Sciences (FMHS) visited the College of Public Health, University of the Philippines, Manila (CPH-UPM), and the Western Pacific Region Office of World Health Organisation (WHO) recently.

According to Mohd Faizal, the primary objective of this visit was to enhance the knowledge of the DrPH students on public health practises as well as programmes or services in public health that are being implemented in the Philippines and to share experiences, thoughts, or new ideas between the two universities.

“During the visit, the team engaged in various activities and discussions with the members of CPH-UPM, and the Western Pacific Region Office of WHO.

“The team had the opportunity to learn about the innovative public health programmes being implemented in the Philippines and the challenges faced in the implementation process, and also shared their experiences and ideas on public health practises in Malaysia,” he said.

He added that the two universities’ exchange of ideas and experiences resulted in fruitful discussions and the planning of future collaborative works.

“Both universities expressed interest in continuing to work together in the future to address public health issues that are common to both countries.

“In conclusion, the visit was successful in achieving its main objective of enhancing the knowledge of the DrPH students on public health practises as well as programmes or services in public health that are being implemented in the Philippines and sharing experiences, thoughts, or new ideas between the two universities,” said Mohd Faizal, who also hoping that this visit could sparked the idea for future collaborative projects.