SELASA, 29 MAC – Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) menganjurkan Program Transformasi Mahasiswa (PTM) Pemimpin Cemerlang Pelajar UMS di Kem Bina Negara, Kundasang, Sabah.
Program yang berlangsung selama tiga hari menghimpunkan seramai 101 pelajar UMS daripada kalangan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), kelab serta Fakulti dari UMS Kampus Induk, Kampus Antarabangsa Labuan dan Kampus Sandakan.
Program itu antara lain memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kenegaraan dan kaedah dalam memperkasa semangat berpasukan melalui pengisian program, antaranya empat slot wacana minda, kuliah Subuh dan Maghrib, aktiviti riadah dan kembara.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dalam pada itu memuji penganjuran program tersebut yang berjaya mencapai objektif.
“Program seumpama ini mampu menerapkan nilai kebersamaan di antara mereka dan diharap para peserta mampu bersikap optimis dan tidak pesimis pada sesuatu perkara,” ujarnya.
Sumber : Bahagian Pembangunan Pelajar



ISNIN, 28 MAC – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran agar menyumbang semula kepada pembangunan universiti dalam pelbagai aspek demi manfaat bersama.
ISNIN, 28 MAC – Program Charity Book Run and Ride 2016 yang dianjurkan di sekitar UMS pada Sabtu mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 150 penyertaan.
KHAMIS, 24 MAC – Tiga pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) akan mewakili UMS dalam Pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) peringkat kebangsaan setelah memenangi pertandingan itu di peringkat UMS, kelmarin.
KHAMIS, 24 MAC - Enam pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan antara 100 perserta yang menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS ASEAN anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) selama hampir tiga minggu, yang berakhir 8 Mac lalu.