JUMAAT, 08 JANUARI – Pengunjung Muzium Perubatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan peningkatan pada tahun 2015, kata kuratornya, Faranizah Taufick.
Beliau berkata, seramai 2,251 pelawat dicatatkan pada tahun tersebut iaitu meningkat sebanyak 146 orang berbanding 2,105 pada 2014.
“Kita menerima pelawat daripada pelbagai agensi termasuklah pelajar-pelajar sekolah, antaranya dari Maktab Duli Pengiran Muda Al Muhtadee Billah Brunei Darussalam, Sekolah Menegah Agama Limbang, Sekolah Menangah Sains Sabah, Sekolah Kebangsaan Sri Gaya dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi media universiti.
Tambahnya, peningkatan kehadiran pelawat itu didorong oleh pertambahan koleksi spesimen anatomi manusia yang telah diawet dalam teknik plastinasi.
“Jumlah kehadiran itu membolehkan Muzium Perubatan pada tahun lalu juga berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2, 857 melalui bayaran masuk yang dikenakan kepada para pelawat,” katanya lagi.
Beroperasi dibawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, muzium tersebut dibuka setiap hari kecuali Isnin dan cuti umum seawal jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Bayaran sebanyak RM3.20 dikenakan untuk pelawat berusia atas 18 tahun dan RM2.20 untuk pelawat bawah 17 tahun.



JUMAAT, 08 JANUARI - Penggemar Royal Dean’s Cookies kini boleh menarik nafas lega apabila biskut keluaran Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu kini dibuka untuk jualan sekali lagi.
RABU, 06 JANUARI - Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun di pejabatnya di Bangunan Canselori Hari ini.
RABU, 6 JANUARI – Seramai 6 orang ahli Persatuan Pelajar Pascasiswazah UMS (PSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama dua orang pelajar pascasiswazah dan dua orang pegawai pengiring telah mendekati penghuni Rumah Warga Emas Sri Harapan Sandakan, baru-baru ini.
SELASA, 05 JANUARI – Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan 39, 029 kehadiran pengunjung sepanjang tahun 2015.