Lebih 150 orang hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pusat Minda Lestari (PML) bersama Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Pendaftar, ahli jawatankuasa PIBG serta kekitangan dan pelajar- pelajar PML.
Majlis tersebut bukan hanya bertujuan meraikan hari raya bagi warga PML tetapi juga disatukan dengan program PIBG untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa baharu PIBG bagi sesi 2019/2020.
Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof berkata, penganjuran majlis tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PML, ibu bapa dan kanak-kanak PML yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.
“Penglibatan ibu bapa dan guru dalam program seperti ini diharap dapat memupuk semangat kekitaan selain membantu kanak-kanak menambah dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa di taska.
“Peranan utama pihak taska adalah untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan kanak-kanak dan juga antara sekolah dan ibu bapa serta masyarakat.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada PML atas usaha yang dibuat dalam membantu pihak universiti menjaga salah satu kebajikan yang ditawarkan kepada kekitangan UMS,” tambahnya.
Terdahulu, Pengarah PML, Aidah Noordin berkata, tema pada kali ini adalah Balik Kampung VS Dendang Perantau.
“Setiap tema yang dipilih mempunyai pengertian tersendiri di samping dapat memberi pengetahuan kepada kanak-kanak secara tidak langsung.
“Pembelajaran melalui pemerhatian amat berkesan kepada kanak-kanak di awal usia,” tambahnya.
Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA) UMS, Datin Roha Asmara.



WEDNESDAY, 3 JULY - Universiti Malaysia Sabah (UMS) Plant Design Team emerged as the overall champion for the 7th IEM Chemical Plant Design Competition 2018/2019, organised by the Institute of Engineers, Malaysia (IEM) in Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak recently.
JUMAAT, 28 JUN - UNICEF Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan satu bengkel latihan pengurusan kewangan Harmonised Approach to Cash Transfer (HACT) di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan baru-baru ini.
KHAMIS, 27 JUN - Persidangan Pendidikan Kejuruteraan Asia ke-8 (ACEE 2019) anjuran bersama Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Korea Maritime Ocean University yang berlangsung di UMS memberi tumpuan kepada pendekatan inovatif dalam melaksanakan paradigma Pendidikan, Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
KHAMIS, 27 JUN – Seramai 110 kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS)dari pelbagai gred jawatan telah menghadiri Bengkel Jawatankuasa Penyiasatan Kehilangan Aset Alih UMS baru-baru ini.