KHAMIS, 13 JUN - Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima RM180,000 Geran Penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Tempat Kerja Sektor Awam, baru-baru ini.
PML menerima geran tersebut bersama empat agensi kerajaan lain iaitu Pejabat Pentadbiran Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN), Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, dan Jabatan Penjara Negeri Sabah.
Majlis penyampaian replika cek geran disempurnakan TSKN, Patrick Tan @ Tan Su Teck mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, di Bilik Mesyuarat Pejabat SKN, di sini dengan disaksikan Timbalan Pengarah Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Hajah Dayang Rugayah Awang Besar.
PML dalam satu kenyataan berkata, kejayaan mendapatkan geran peruntukan itu merupakan satu pengiktirafan agensi pusat terhadap kemampuan UMS untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan, pengajaran dan pembelajaran awal kepada anak-anak kakitangan UMS.
“Geran yang disalurkan ini akan digunakan untuk tujuan menyelenggara, mengubahsuai dan membeli peralatan yang diperlukan bagi memulakan operasi perkhidmatan Taska di UMS Kampus Sandakan selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang inginkan penubuhan Taska di tempat kerja mulai Januari 2019.
“Pemberian geran penubuhan Taska di tempat kerja sektor awam adalah bertujuan untuk penyediakan perkhidmatan asuhan kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun, mengurangkan kerisauan ibu bapa yang bekerja supaya lebih fokus kepada pekerjaan mereka, menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka kepada Taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memberikan asuhan dan didikan awal kanak-kanak selaras dengan dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak kebangsaan,” demikian menurut kenyataan itu.
Pada majlis tersebut, PML diwakili pengarahnya Aidah Noordin bersama Penolong Pendaftar Kanan, Faddili Kasin; Penyelia Taska, Aminah @ Bibiana Idris; serta Penyelia Daycare dan Transit PML, Jaini Sapirai.
Untuk rekod, PML menyasarkan cawangan Taska di Fakulti Pertanian Lestari, UMS Kampus Sandakan beroperasi bermula pada Ogos depan.



ISNIN, 03 Jun – Seramai 28 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Asnaf Kingfisher telah diraikan dalam Majlis Iftar anjuran Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), dan Alumni FSSA, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
RABU, 29 MEI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan Alumni bersama Anak Yatim Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (Mawis) bertempat di Hotel Horizon, baru-baru ini.
RABU, 29 MEI- Nasib keluarga salah seorang alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Norellyana Rubaui yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini di Kampung Sungai Gading Batu 15, mendapat perhatian UMS melalui Pusat Kerjaya dan Alumni untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
SELASA, 28 Mei – Seramai 76 kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menerima kenaikan pangkat, diraikan dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Tahun 2019 di Galeri Majlis petang tadi.