KHAMIS, 04 JUN - Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menganjurkan bengkel muzik orkestra yang akan dijayakan bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Pemuzik-pemuzik handalan MPO bertaraf dunia seperti Runa Baagöe, Ong Lin Kern, Laurentiu Gherman, Matthew Larsen, Zachary Bond, Matthew Kantorski, Sonia Croucher, Raffael Bretenhader, dan John Bourque akan tampil sebagai tutor untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.
Menurut Ketua Program Muzik UMS, Roslee Hj Wahid, bengkel tersebut akan mengetengahkan beberapa alat muzik seperti biola, trombon, trompet, flut, violin, cello, clarinet, double bass, dan percussions.
“Sudah pastinya bengkel ini akan memberikan pengetahuan dan tips-tips baharu yang akan meningkatkan kemahiran para peserta,’ ujarnya dalam satu kenyataan.
Program yang akan diadakan selama tiga hari bermula 25 Jun ini akan diadakan di Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) UMS.
“Pada bengkel tersebut juga, para peserta akan berpeluang untuk berinteraksi bersama tutor-tutor ini dengan lebih dekat melalui pembahagian seksyen-syeksen bengkel mengikut alat muzik masing-masing,” katanya.
Tambah Roslee, para pemuzik MPO tersebut terdiri daripada pemuzik-pemuzik handalan daripada 25 buah Negara yang telah dihimpunkan oleh MPO melalui beberapa sesi ujibakat untuk mengenalpasti pemuzik berkualiti dalam usaha mewujudkan sebuah orkestra simfoni bertaraf dunia yang dapat merialisasikan misi dan visi yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Acara kemuncak bengkel itersebut akan berlangsung pada malam 27 Jun 2015 (Sabtu) dan akan dimeriahkan dengan konsert Program Muzik, FKSW, UMS yang bakal menampilkan persembahan oleh pelajar-pelajar UMS dan juga para peserta bengkel.–ZMD
Bahagian Media dan Citra
Sumber: FKSW



RABU, 3 JUN – Forum Bicara Ad-Din, yang menampilkan Mufti Sabah, Ustaz Bungsu Aziz dan Pengacara Al-Kuliyyah TV3, Ustaz Fauzi Mustafa menyemarakkan lagi Karnival Cinta Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung selama seminggu baru-baru ini.
RABU, 03 JUN - Seramai 59 orang pelajar tahun dua program Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengikuti Karnival Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) baru-baru ini. Kursus berkenaan bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan dengan menggunakan kreativiti serta idea-idea yang baru. Menurut Pensyarah Kanan Program Sains Sukan UMS, Mohd Nizam Nazarudin, penerapan sains sukan dalam APK adalah bertujuan untuk mempromosikan ilmu pengetahuan tentang sains sukan yang dilihat terdapat kekurangan dalam pasaran sukan pada masa kini. “Aplikasi sains sukan dalam APK pada tahun ini membolehkan para pelajar dan pengunjung karnival meneroka dan mempelajari sedikit sebanyak komponen-komponen yang ada dalam sains sukan,” ujar beliau. Pada tahun-tahun sebelumnya, APK kebanyakannya dibanjiri dengan jualan makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraf tangan dan sebagainya. Antara permainan yang yang dianjurkan pada APK tersebut termasuklah ujian kecergasan, ketangkasan dan masa reaksi antaranya mystery box, golf destination, ‘panahan asmara’, ‘roda impian’ dan headshot bottle. Bagi salah seorang peserta APK, Fredee Jaulis, dengan adanya program yang menawarkan kursus keusahawanan ini para pelajar sains sukan dapat menerapkan ilmu-ilmu sains sukan yang telah dipelajari semasa kuliah ke dalam bidang keusahawanan.
RABU, 03 JUN - Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma UKM) mengukuhkan lagi kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui lawatan ke universiti di Negeri di Bawah Bayu itu, baru-baru ini. Lawatan Kesukma UKM Bangi yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Hasnan Musa bersama kira-kira 85 ahli itu mengadakan kunjungan kepada Pemangku Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad yang mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS), Amat Jutrah Musnih mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kesukma UKM kerana memilih UMS sebagai tumpuan utama lawatan mereka. Katanya, hubungan antara UKM dengan UMS memang sudah lama terjalin dalam kalangan pegawai pengurusan mahupun staf pelaksana memandangkan ramai staf yang bertugas di UMS berasal dari UKM Kampus Cawangan Sabah dahulu.Sementara itu, No’man berharap kesemua peserta lawatan bergembira dengan kunjungan mereka ke UMS.
SELASA, 02 JUN