KUNDASANG: Survey Camp 2022 has been participated by a total of 63 students of the Civil Engineering Programme, Faculty of Engineering (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) is an effective medium to practice the knowledge learned theoretically in lectures.

According to the Director of Survey Camp 2022, Sr Ts. Dr. Asmawan Mohd. Sarman, this program was held to give a clearer initial picture of the situation in the industry.

“Kundasang is the most suitable location for the program due to its diverse topography that allows more exposure of Engineering Survey method applications on-site to the students.

“This program can also shape the future engineers who are versatile and confident in meeting the current needs of the industry,” he said.

Meanwhile, one of the participants of Survey Camp 2022, Ruzaithy Azhnie Justi also shared that this program provides many benefits and valuable experiences to Civil Engineering students.

“The direct practical application of Engineering Survey knowledge in the field is an advantage for us to be better prepared before venturing into the industry. We were also exposed to surveying software to further analyze the data taken on field digitally.

“Skills such as critical thinking and the ability to work in a group are also indirectly tested to overcome all the challenges and obstacles faced so that the tasks given can be completed within the fixed timeframe,” she added.

This program is hoped to be organized again in the coming session to increase the marketability rate of prospective FKJ graduates.

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) menganjurkan Bengkel Carian dan Penderafan Paten selama tiga hari bermula kelmarin.

Bengkel dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Cawangan Sabah itu dianjurkan bagi memartabatkan usaha inovasi serta mengangkat aktiviti pengkomersialan di UMS.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Hj. Kamarlin Hj. Ombi, bengkel tersebut juga merupakan salah satu daripada inisiatif yang dijalankan oleh PPIP bagi meningkatkan jumlah pemfailan dan pendaftaran paten di UMS.

Katanya, inisiatif tersebut bukan hanya untuk menambah bilangan pemfailan permohonan paten semata-mata, malah ia merupakan integrasi daripada pelbagai usaha dalam mempertingkatkan kesedaran inovasi dikalangan penyelidikan UMS untuk mengungguli senarai universiti berinovatif di Malaysia.

“Sejak penubuhan UMS pada tahun 1994, usaha-usaha penyelidikan dan inovasi yang ditunjukkan oleh universiti makin tahun makin meningkat. Ini merupakan berkat usaha berterusan pengurusan tertinggi univerisiti yang dibantu kukuh oleh semua pihak serta penglibatan aktif penyelidik dan serta pensyarah.

“Kini UMS telah mencapai usia 28 tahun. Walaupun dari segi usia, UMS boleh dikategorikan sebagai universiti yang masih muda, tetapi iltizam, dan semangat UMS dalam mendepani kemajuan dunia sains dan teknologi mula menunjukkan kematangannya dari setahun ke setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bengkel tersebut di Grandis Hotel & Resort Kota Kinabalu.

Tambah Kamarlin, kejayaan UMS memperoleh penarafan lima bintang pada penilaian penyelidikan Malaysia (MyRA) bagi tahun 2021 merupakan salah satu petunjuk dan petanda keupayaan penyelidikan dan inovasi UMS.

“Kini UMS mampu berbangga. Walaupun dalam usia yang agak muda, UMS kini memiliki 233 harta intelek yang terdiri daripada pelbagai komponen perlindungan harta intelek.

“Pada tahun 2021, UMS berjaya memfailkan lima permohonan paten yang baharu, 48 pendaftaran hakcipta dan empat rahsia perdagangan. Pada tahun 2021 juga, UMS berjaya memperolehi empat paten yang berjaya digerankan.

“Dalam usaha untuk merancakkan lagi aktiviti-aktiviti inovasi dan pengkomersialan, PPIP yang merupakan pusat yang diamanahkan untuk tujuan berkenaan, telah dan sedang merancang pelbagai strategi dan pendekatan untuk mempertingkatkan bukan sahaja milikan pelbagai bentuk harta intelek, malah memperkemaskan aktiviti yang menyokong aktiviti pengkomersialan untuk produk yang telah dibangunkan,” katanya.

Sehingga tahun 2022, sebanyak 15 produk harta intelek yang dibangunkan oleh penyelidik UMS telah berjaya dikomersialkan.

Dalam pada itu, kerjasama yang erat dengan pelbagai pemain industri turut menjadi keutamaan dalam memperkemaskan integrasi inovasi yang mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Untuk rekod, terdapat dua lagi inovasi UMS bakal memeterai perjanjian iaitu paten ‘Modular Water Treatment System’ yang dibangunkan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan paten ‘Residual Oil Extractor’ yang dibangunkan oleh Pengarah PPIP, Profesor Madya Dr. Jidon Janaun.

KOTA KINABALU - Sebuah karya Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkisar tentang pengorbanan dua orang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya diangkat sebagai juara Pertandingan Teater Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 yang berlangsung di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Skrip ‘Peti Sejuk’ merupakan hasil karya pelajar program pascasiswazah Akademi Seni Kreatif (ASTiF) UMS Jacklyn Kipar, dengan bimbingan pensyarah beliau Sharifuddin Zainal dan Muhammad Syafiq Salleh.

Selain menjuarai pertandingan itu, UMS turut memenangi lima anugerah utama iaitu Pengarah Terbaik, Sinogarfi Terbaik, Naskhah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik.

UMS berjaya memenangi hati juri dan sekali gus menewaskan 10 lagi universiti awam yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan membawa pulang hadiah berupa trofi, sijil dan wang tunai keseluruhan RM7,500.

Karya itu mempamerkan watak Mona sebagai ibu tunggal yang diceraikan oleh suami dan mengalami gangguan psikologi. Mona terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi seorang ratu cantik demi untuk membesarkan anak-anaknya.

Namun gangguan psikologi yang dialami Mona telah mengakibatkan beliau tidak mengendahkan tabiat pemakanan yang sihat serta menjejaskan kesihatan anak-anaknya.

Manakala sebuah lagi watak Bu Suna yang merupakan seorang balu kematian suami menghabiskan seharian masanya menggumpul barang kitar semula bagi mendapatkan modal perniagaan untuk menyara kehidupan bersama anaknya.

Kedua-dua ibu tunggal ini berusaha sebaik mungkin untuk memenuhkan peti sejuk untuk menyara anak-anak mereka walaupun terpaksa melanggar etika perniagaan dan menyalahi prosedur penyediaan makanan.

Program Teater Prosenium Pengguna Universiti Awam 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) serta Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) bertujuan menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi.

Program itu yang diadakan buat julung kalinya antara lain bertujuan melestari seni teater dalam kalangan mahasiswa melalui nilai ilmu yang bersifat holistik, merancakkan semula aktiviti teater kampus dan sebagai medium menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan.

Majlis perasmian penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol Wahid.

Turut hadir ke majlis penutupan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof. Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil dan Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

KOTA KINABALU – Hampir 100 orang pemimpin sukarelawan siswa dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia merangkumi Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) sedang mengikuti Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Majlis Flag-Off misi sukarelawan siswa yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rasid Mail.

Kata Rasid, penglibatan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar IPT selari dengan hasrat UMS untuk melahirkan graduan yang dapat menjadi pelapis pimpinan masa hadapan.

“Saya menyeru agar para sukarelawan menanam semangat cintakan negara dan menyemarakkan semangat patriotik tersebut melalui aktiviti kesukarelawanan yang merupakan platform yang terbaik dalam memecahkan tembok dan merapatkan jurang di antara komuniti dan universiti.

“Semua pihak perlu memainkan peranan dalam usaha memperluaskan kegiatan kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut yang berlangsung di Pejabat Pusat Islam UMS.

Tambah Rasid, misi kesukarelawan yang dilancarkan oleh KPT di bawah Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) itu harus dipuji dan harus mendapat sokongan semua pihak kerana ianya merupakan platform yang sangat baik untuk dijadikan pelantar bagi mendidik dan mendedahkan mahasiswa kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Bukan sahaja minda mahasiswa yang perlu berubah, malah transformasi minda secara konsisten dengan menyediakan ruang dan peluang yang luas serta dana yang mencukupi oleh pihak kerajaan dan swasta, institusi-institusi pengajian, badan-badan bukan kerajaan serta komuniti adalah diperlukan dalam memastikan nilai melalui aktiviti kerjasama komuniti yang pernah dikenali suatu masa dulu dapat diteruskan oleh generasi kini dan akan datang, secara mampan,” katanya.

Pelaksanaan misi ini berteraskan enam teras YSS merangkumi pemerkasaan komuniti, penambahbaikan pendidikan dan pembangunan kapasiti, ketahanan terhadap impak perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar, kesihatan, transformasi digital dan mobilisasi impak sosial.

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan ke-65 serta Hari Malaysia ke-59, para sukarelawan YSS akan menjalankan aktiviti bersama komuniti setempat untuk menyemarakkan semangat kesukarelawanan serta semangat cintakan negara seiring dengan tema tahun ini “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”.

Misi sukarelawan siswa yang bermula 28 Ogos itu akan berakhir pada 14 September 2022 dengan mengadakan aktiviti di tiga daerah iaitu Tuaran, Kudat dan Beluran.

 

 

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinobatkan sebagai naib johan Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kali ke-28 bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2022.

Pertandingan yang berlangsung secara hibrid sejak 20 Ogos 2022 itu menobatkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai johan, sekali gus menewaskan 26 buah IPT yang bertanding.

Pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Alam Sekitar dan Air, Noor Afifah Abdul Razak yang mewakili Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Ibrahim Tuan Man.

Terdahulu, Noor Afifah ketika membacakan teks ucapan Ibrahim berkata, masyarakat diseru untuk lebih peka dan sensitif akan keseimbangan alam bagi memastikan kelestarian alam di negara ini dapat terus terjaga dengan sempurna.

Katanya, setiap masyarakat mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama bagi menangani isu kerosakan akibat bencana alam kesan daripada pemanasan global.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan kelestarian alam.

“Antaranya ialah program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) serta penganjuran aktiviti KUDAH iaitu Kutip Sampah Sambil Riadah di kawasan komuniti masing-masing.

“Aktiviti yang dirancang di bawah program DSK ini ialah pembinaan laluan denai di sepanjang jajaran sungai, kolam atau badan air sebagai kawasan riadah dan rekreasi. KASA mensasarkan sepanjang 10,000 kilometer denai menjelang 2030 sebagai langkah pencegahan pencemaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kali ke-28 bersempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 di UMS, baru-baru ini.

Katanya, dengan menggunakan pendekatan nature-based solution, program ini dijalankan secara bersama antara KASA, jabatan-jabatan serta agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Selain itu juga, kerjasama strategik turut dijalankan bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan-badan korporat, institusi pengajian tinggi, sekolah, pemimpin masyarakat, komuniti setempat dan pemimpin belia.

“Saya yakin, usaha-usaha pelestarian ini tidak terbatas oleh masa, tempat dan juga individu. Sebaliknya setiap daripada kita boleh memulakan dan melaksanakannya dengan pelbagai cara yang tersendiri.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama kita menyokong usaha yang digerakkan oleh KASA dan agensi-agensi di bawahnya terutamanya oleh Jabatan Alam Sekitar untuk terus melestarikan alam sekitar demi bumi yang hanya satu ini,” katanya.

UMS yang dibarisi oleh tiga pendebat iaitu Nur Fatehah binti Nordi@Nordie, Mohamad Fazli bin Losimin dan Muhammad Idris bin Mohd Hairie membawa pulang wang tunai RM5,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan.