KOTA KINABALU: A total of 555 Universiti Malaysia Sabah (UMS) celebrated 555 of its staff and retirees at the UMS Excellence Awards (AKU) 2022 event held at the Dewan Resital on Wednesday.

Of the total, 160 were recipients of the Excellent Service Award, 76 recipients of the Innovation Award, and 18 were recipents of the “Jasamu Dikenang” Award.

The event also celebrated 18 staff who have served 25 years where they received the Sanjungan Budi Award, 71 others who served for 20 years received the Jasa Setia Award and and 212 staff serving 10 years received the Jasa Bakti Award.

The award ceremony was launched by UMS Vice-Chancellor, Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Also present were UMS Registrar who is also Chairman of the AKU 2022 Organizing Committee, Luqman Ridha Anwar; Deputy Vice Chancellor (Student Affairs and Alumni), Associate Professor Dr. Raman Noordin; Treasurer, Badrul Hisham Ismail; and UMS Legal Advisor, Awang Suhaizam Bungso.

In his speech, Taufiq said that UMS needs to set aspirations and determination in line with the S.W.I.F.T principles highlighted by the Chief Secretary to the State (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

"The principles which is speed, world class knowledge, inspirational, flexible and technology-based is five critical characteristics that must be adopted into the mind and action of civil servants.

"In relation to that, I would like to urge that the UMS family should always have a sense of urgency to act swiftly without delay in every task they are entrusted with.

"This is in the line with the first value of speed to realize the aspirations of the government that place importance on performance and focused on the people among civil servants," he said.

Taufiq said that the second value that should be followed is to acquire world-class knowledge to ensure the implementation of tasks not only follows one’s personal perspective, but also the best practices from locally and abroad as benchmarks.

"The third value is inspirational whereby civil servants must always inspire and motivate their subordinates to create a harmonious environment and a conducive working environment for every staff.

"UMS officers must also be flexible especially when facing challenging situations in service delivery such as fourth value of S.W.I.F.T which is flexible.

"And the fifth and last value is technology-based, whereby all UMS staff must inculcate technology-based values ​​in implementing every task at the office to ensure speedy and comprehensive service delivery," he said.

Taufiq also congratulated all the award recipients at the ceremony.

"May you always succeed and create creative and innovative ideas and strive to excel during the length your service at this university," he said.

 

KOTA KINABALU: Seramai 555 kakitangan dan pesara Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraikan dalam Anugerah Kecemerlangan UMS (AKU) 2022 yang berlangsung di Dewan Resital, di sini, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 160 orang adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 76 penerima Anugerah Inovasi, dan 18 pesara penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Majlis AKU turut meraikan 18 kakitangan yang genap berkhidmat 25 tahun dengan memberi Anugerah Sanjungan Budi, 71 penerima Anugerah Jasa Setia (berkhidmat 20 tahun) dan 212 penerima bagi Anugerah Jasa Bakti (berkhidmat 10 tahun).

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Hadir sama, Pendaftar UMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis AKU 2022,  Luqman Ridha Anwar; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr Raman Noordin; Bendahari, Badrul Hisham Ismail; dan Penasihat Undang-undang UMS, Awang Suhaizam Bungso.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya Taufiq berkata, UMS perlu menetapkan aspirasi dan keazaman selaras dengan prinsip S.W.I.F.T yang diketengahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Prinsip tersebut iaitu speed, world class knowledge, inspirational, flexible dan technology-based merupakan lima ciri kritikal yang perlu disemat dalam minda dan tindakan penjawat awam.

“Sehubungan itu, suka saya menggesa agar keluarga UMS perlu sentiasa mempunyai sikap sense of urgency, iaitu untuk bertindak dengan pantas tanpa berlengah dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

“Ia bertepatan dengan nilai pertama yakni speed bagi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat dalam kalangan penjawat awam,” katanya.

Taufiq berkata, nilai kedua yang harus dipatuhi ialah menimba pengetahuan bertaraf dunia (world-class knowledge) bagi memastikan pelaksanaan tugas bukan sekadar mengikut perspektif peribadi, sebaliknya menjadikan amalan terbaik dari dalam dan luar negara sebagai penanda aras.

“Nilai ketiga ialah inspirational di mana penjawat awam perlu sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada pegawai bawahannya bagi mewujudkan suasana harmoni dan persekitaran kerja yang kondusif kepada setiap kakitangan.

“Pegawai UMS juga hendaklah fleksibel terutama ketika berdepan situasi genting dalam penyampaian perkhidmatan seperti yang terdapat pada nilai keempat S.W.I.F.T iaitu flexible.

“Sementara, nilai kelima dan yang terakhir adalah technology-based, semua kakitangan UMS wajar diterapkan nilai berasaskan teknologi dalam melaksanakan setiap tugasan di pejabat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang pantas dan tuntas,” tambahnya.

Taufiq turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah pada majlis tersebut.

“Semoga terus sukses dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif dan berinovatif dan terus bertekad cemerlang sepanjang perkhidmatan tuan-tuan dan puan-puan di universiti tercinta ini,” katanya.        

Untuk rekod, kesemua kakitangan yang diraikan pada Majlis AKU 2022 merangkumi staf kumpulan pegawai akademik, pegawai pentadbiran, dan staf kumpulan pelaksana daripada pelbagai pusat tanggungjawab di UMS.

 

LABUAN - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Neurogine Group (Neurogine) bagi meneroka idea baharu dalam bidang kewangan dan teknologi ke arah kelestarian alam.

Neurogine merupakan sebuah syarikat pembangun teknologi kewangan (Techfin) bagi platform mudah alih untuk perbankan, pembayaran, pembrokeran kewangan dan saham.

Kerjasama antara UMS dan Neurogine akan meliputi penerokaan isu rangkuman kewangan dan akses kredit yang dihadapi khususnya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Dr. ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, MoU melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) itu bertujuan mengukuhkan hubungan sedia ada di antara UMS dan Neurogine dalam bidang akademik yang memfokuskan kepada latihan industri, penyelidikan, sangkutan industri, persidangan dan kursus jangka pendek serta program tanggungjawab sosial korporat.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UMS menggunakan kepakaran yang ada untuk bekerjasama dengan pihak industri dalam membangunkan kaedah penyelesaian perniagaan bagi mencapai taraf hidup yang lebih tinggi, khususnya dalam kebajikan dan pembangunan sosial di negara kita.

“Kami berharap dengan menjalin hubungan dengan Neurogine, kerjasama ini akan meningkatkan keterlihatan UMS di peringkat antarabangsa,” katanya.

Taufiq menandatangani MoU tersebut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Neurogine, Owen Chen Chee Onn di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Sementara itu, Owen berkata melalui MoU itu pihaknya berhasrat untuk berkongsi idea dan penyelesaian baharu serta memanfaatkan keupayaan teknologi Neurogine untuk membantu memulihkan segmen perniagaan yang disasarkan khususnya oleh PKS.

“Kami memilih hala tuju ini kerana PKS adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan terutamanya dalam negara ekonomi membangun seperti Malaysia.

“Dari sudut pandangan kami, kami melihat jurang yang ketara dalam akses modal dan kredit adalah berpunca daripada kegagalan dan ketidaksempurnaan pasaran, seperti maklumat yang tidak simetri, ketidakcukupan cagaran yang boleh diterima, kos transaksi yang tinggi dan persepsi risiko yang lebih tinggi.

“Justeru, adalah sangat bermanfaat untuk kami meneroka cara baharu menyediakan modal dan akses kredit kepada PKS menggunakan teknologi kami,” katanya.

Melalui kerjasama ini, UMS dan Neurogine akan menjalankan penyelidikan tentang potensi dan kesediaan pihak PKS dalam mengadaptasi teknologi kewangan baharu, mengembangkan dan menyokong program pelajar industri pelajar UMS dan terlibat secara aktif dalam penganjuran seminar berkaitan kewangan dan teknologi.

Tambah Owen, pihaknya berbesar hati menaja penganjuran 24th Malaysian Finance Association International Conference (MFAIC2022) yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September depan.

MFAIC2022 merupakan persidangan anjuran bersama UMS dan Malaysian Finance Association (MFA) yang pertama kali diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

FKAL UMS yang mula beroperasi pada Mei 1999 berhasrat untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang holistik, berdaya saing, dan berperspektif global dalam bidang kewangan antarabangsa.

Misi FKAL adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang kewangan antarabangsa dan mencapai pengiktirafan antarabangsa melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, sumbangan sosial dan kelestarian asas pengetahuan yang melahirkan modal insan yang berwibawa dan berkualiti tinggi untuk membantu memajukan sosioekonomi negara.

Neurogine yang ditubuhkan pada 2014 kini telah memperluas perkhidmatan mereka ke bank luar negara seperti Kemboja, Myanmar dan Indonesia.

 

LABUAN: NEUROGINE Group of Companies, a financial technology (fintech) developer of mobile platforms for banking, payment, money broking, merchant and more, has inked a collaboration with Universiti Malaysia Sabah (UMS) to explore issues of financial inclusion, particularly for small and medium enterprises (SMEs) and credit access.

Neurogine Group chief executive officer Owen Chen Chee Onn said the signing of the memorandum of understanding (MoU) between UMS and Neurogine Group is to seek fresh ideas and answers, leveraging Neurogine Group’s technological capabilities and experience to help targeted business segments, especially SMEs, recover.

“We are pursuing this direction as SMEs are key drivers of economic growth and job creation, especially in developing economies like Malaysia.

“From our viewpoint we see a noticeable gap of capital and credit access, characterised by market failures and imperfections, like information asymmetries, inadequacy of acceptable collaterals, high transaction costs, and perceptions of higher risks.

“It is worthwhile to explore new ways of providing capital and credit access to SMEs using our technologies,” he said after the recent MoU signing, according to Bernama.

The MoU was signed at the Universiti Malaysia Sabah Labuan International Campus or UMSKAL by UMS vice-chancellor Prof. Datuk Taufiq Yap Yun Hin and Owen Chen, and witnessed by UMS registrar Luqman Ridha Anwar and Neurogine Group chairman Chen Chee Peng.

Chen said the MoU represents an escalation of collaboration between both organisations from a letter of intent previously signed on Feb 27, 2020.

As a result of the MoU, three immediate initiatives are in the works, with the first initiative to explore the potential and readiness of local SMEs adapting new financial technology.

“We see advantages in hybridising our fintech for SMEs, providing new access to global funding to increase food production, ensure sustainable sea harvests and more.

“Given the current crisis, we think this is timely that UMS and Neurogine will do research on this area and to fund this initiative, we are announcing today the availability of research grants – we have started to evaluate suitable applied research proposals with UMS,” he said.

The second initiative is to expand and continue to support the UMS-Neurogine Internship Programme, a three-month programme where Neurogine Group provides tools and a sand-box environment for interns from UMS to gain real-world experience, critical to boost their employability rate after graduation.

While the third is to actively take on an active role to support UMS in the organisation of seminars, conferences and workshops related to finance and technology. Yap said UMS will collaborate with industry players to develop business solutions.

 

KOTA KINABALU: Eco-Campus Visitors Information Centre (EVIC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjangkakan mampu mencapai jumlah 10 ribu pelancong antarabangsa menjelang Disember tahun ini.

 

Menurut kenyataan dari EVIC, jumlah tersebut mampu dicapai berdasarkan trend peningkatan 30 peratus daripada rekod jumlah pelawat bulan Jun sehingga bulan Julai dengan anggaran sejumlah 10,765 pelawat sehingga hujung tahun bergantung kepada situasi semasa negara dan pembukaan sempadan beberapa negara lain.

“Sejak dibuka semula secara rasmi pada Mei 2022, kampus UMS telah menerima sejumlah 938 pelancong antarabangsa, merangkumi 26 pelancong yang mula melawat pada 25 Mei, diikuti 583 pelancong pada bulan Jun, dan 284 pelancong sehingga 18 Julai 2022.

“Daripada jumlah tersebut, pelancong dari Korea Selatan mencatatkan jumlah pelancong terbanyak iaitu sebanyak 543 orang, diikuti 54 pelancong dari China, Taiwan dan Hong Kong, 20 pelancong dari Singapura, dan selebihnya pelancong dari negara Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Malta.

“Perkembangan ini sesuatu permulaan yang positif bagi tempoh dua bulan, dan kita optimis untuk mencatatkan angka melebihi 10 ribu pelawat kerana berdasarkan rekod sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 jumlah pelancong ke kampus UMS mencatatkan angka yang tinggi setiap bulan,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Untuk rekod, jumlah pelancong yang melawat kampus UMS pada tahun 2019 adalah sejumlah 433,568 orang, manakala catatan dari 1 Januari 2020 sehingga 11 Mac 2020 iaitu sebelum pelaksanaan PKP adalah seramai 20,888 orang. 

EVIC juga menjangkakan jumlah kutipan pendapatan sebanyak RM188,722.75 mampu dijana sehingga hujung tahun ini sekiranya angka 10 ribu pelawat dicapai.

“Anggaran sumber pendapat tersebut merangkumi penjualan Green Ticket yang dijangka mampu menjana pendapatan sejumlah RM107,650; penjualan cenderamata sejumlah RM12,283.75; penjualan makanan dan minuman ringan dengan sasaran sejumlah RM19,654; dan kutipan hasil penyewaan basikal yang dianggarkan sebanyak RM49,135.

“Berdasarkan penelitian dari EVIC juga lebih ramai pelancong yang datang sendiri ke UMS berbanding menggunakan khidmat pelancongan, justeru EVIC telah mengambil peluang ini untuk menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan kepada pelancong antarabangsa.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan sewaan basikal elektrik dengan kadar RM10 sejam, sewaan Electric Tandem Bike dengan kadar RM30 sejam, perkhidmatan Buggy Car Ride dengan kadar RM15 bagi satu destinasi, dan sewaan Electric Mountain Bike dengan kadar RM50 sejam,” menurut kenyataan tersebut. 

Selain itu, empat pakej lawatan khusus kepada pelawat turut ditawarkan dengan kadar bermula RM85 kepada pelawat tempatan dan RM110 kepada pelawat dari negara luar. 

Bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke UMS EVIC juga akan menggiatkan aktiviti kolaborasi bersama agensi-agensi berkaitan yang bersesuaian dengan aktiviti promosi EVIC. 

“Sebelum Pandemik COVID-19 EVIC pernah bekerjasama dengan syarikat seperti Traverse Tours and Travel bagi tujuan tersebut, dan akan melihat ruang kerjasama dari semasa ke semasa bersama syarikat agen pelancongan, pengurusan acara dan sebagainya. 

“EVIC juga telah merancang beberapa program yang bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti dalam kampus antaranya dengan mengadakan Open Day bersama tour agent untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik di dalam Eco Campus UMS; menambahbaik perkhidmatan dan kawasan persekitaran EVIC; dan mempergiat aktiviti promosi EVIC di media sosial,” katanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan EVIC di talian 016-800 8725 atau layari Facebook rasmi UMS EcoCampus Tourism.