PENGUMUMAN DARIPADA :JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
PEGAWAI DIHUBUNGI : ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) , CIK NUR AMIR AZLIN AMIR HUSSEIN (013-8186 261) DAN PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-850 0362)
 
SUBJEK: GARIS PANDUAN TERKINI EKSA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 
 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.  Adalah dimaklumkan bahawa Garis Panduan EKSA telah dikemaskini mengikut perubahan dan kesesuaian semasa universiti.

 

 

3.   Sehubungan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Zon dan kakitangan di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian agar dapat memastikan tatacara EKSA mengikut Garis Panduan EKSA UMS yang telah diedarkan dan seterusnya dijadikan panduan dan rujukan setiap kali sesi audit dijalankan. Turut dilampirkan Garis Panduan dari pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

 

Perhatian dan komitmen daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

enlightenedLampiran

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS
SUBJEK: EDARAN POLISI TENAGA
 
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
 
 
Pusat Pengurusan Ecocampus bersama jawatankuasa di bawah seliaan kami iaitu Jawatankuasa Pengurusan Tenaga dan Perubahan Iklim telah bekerjasama mengwujudkan Polisi Tenaga ini. Pengwujudan polisi ini adalah salah satu usaha dalam menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
 
 
Justeru, sebagai tanda sokongan JFPIU kepada kelestarian alam sekitar, setiap JFPIU dimohon untuk mencetak (saiz A3) dan mempamerkan polisi ini di JFPIU masing-masing dan diharap semua kakitangan dapat menyokong dan seterusnya melaksanakan perkara di dalam pernyataan.