Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

Assalamualaikum wbt. 
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani,
 
YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE SEMINAR IR SERIES: THE EVOLUTION OF TURKISH FOREIGN POLICY IN THE MIDDLE EAST AND ASIA: RECALIBRATING STRATEGIC DEPTH - PROF. DR. OMER KURTBAG
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Program Hubungan Antarabangsa, FSSK akan mengadakan seminar diatas dengan ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh      :     27 Ogos 2025 (Rabu)
Masa.        :     10.00 pagi sehingga 1 petang
Tempat     :     BMQA, Aras 4, Bangunan FSSK
Panel         :      Prof. Dr. Omer Kurtbag, Elciyes University of Turkiye, Turkey 
 
3.    Sehubungan itu, YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Pengesahan kehadiran boleh dibuat selepas habisnya seminar melalui pautan Google Form. Mata IDP turut akan diberikan kepada staff yang akan hadir. 
 
Segala perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Dapur Rahmah (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu Jemaah masjid khususnya mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk Program Iftar (Berbuka Puasa) Sepanjang Bulan Ramadan,  Iftar (Berbuka Puasa) Isnin dan Khamis, Kupon Makanan Percuma, Pek Makanan Percuma Infaq Anjung Rahmah, Pek Makanan Percuma Kelas Tafaqquh Fiddin Dan Lain-lain aktiviti kebajikan. 
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Dapur Rahmah
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah.
 
#infakdapurrahmah
#umsshare
#umsleadingtowardsinnovativesocieties