Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan yang dihormati,

2.  Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Akademik (PPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan Karnival SULAM UPSI 2025 pada 29 hingga 30 Oktober 2025 di Dewan SITC UPSI.

3. Untuk makluman YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, Pertandingan SULAM@UPSI Innovation Showcase 2025 dibuka kepada pelaksana SULAM di kalangan pensyarah dan pelajar IPTA/IPTS seperti butiran berikut: 

🔹 Tarikh permohonan penyertaan: 22 Ogos 2025 hingga 5 Oktober 2025

🔗 Pautan pendaftaran penyertaan: https://forms.gle/HtSN7uysWQdv7jYy9 (atau imbas QR code pada poster)

4.  Sehubungan itu, pihak kami menjemput penyertaan daripada semua IPTA/IPTS yang berminat untuk mempamerkan hasil projek SULAM yang telah dijalankan sepanjang sesi akademik 2024/2025. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Dr Hamidah Idris (05-4506546) atau Pn Norhasrina Mohd Idris (05-4506571).

 
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia Promo
Balik Kampung Set Kit

Product Highlights

Vivify
 
🇲🇾🎉 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025 dari HUMSPharma! 🎉🇲🇾
 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Nikmati promosi istimewa sepanjang bulan Ogos & September ! 🌟
 
Jangan lepaskan peluang ini — jimat, nikmati, dan sambut Merdeka bersama kami! 🛒✨
 
Pesan dengan mudah dan selamat melalui pautan kami 
 
  
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
🇲🇾🎉 Happy Independence Day 2025 from HUMSPharma! 🎉🇲🇾
 
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Enjoy special promotions all throughout August & September ! 🌟
 
Don’t miss out — save, enjoy, and celebrate Merdeka with us! 🛒✨
 
Order easily and discreetly through our link 
 
👉 Order Now

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌹
Jemputan khas untuk Staff Ums menghadiri Taklimat Kesihatan Wanita & Pengurusan Kewangan ✨
 
📅 Tarikh: 26 Ogos 2025 (Selasa)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Seminar Inkubator Akuakultur, UMS
 
💡 Topik: “Kenali Kanser Wanita & Lindungi Masa Depan Anda”
 
🎁 Baucar pemeriksaan kesihatan & kupon spa menanti peserta yang hadir!
 
✨ Jom hadir bersama rakan-rakan, demi kesihatan & masa depan yang lebih terjamin 💕
 

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Penerbit UMS ingin menawarkan Dana Penerbitan Artikel seperti berikut:
 
Dana Penerbitan Artikel:
1. Skim Dana Penerbitan Artikel 1.0 (SDPA 1.0)
2. Skim Dana Penerbitan Artikel 2.0 (SDPA 2.0)
3. Skim Dana Penerbitan Artikel 3.0 (SDPA 3.0)
4. Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD)
5. Insentif Penerbitan Jurnal MyCite UMS dan ke atas.
 
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS di pautan berikut:
 
Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke Pejabat Penerbit UMS, Aras 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Sitty Nur Syafa: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Cik Fatimah Abdurasyid: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital UMS

 

Dimaklumkan bahawa Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan menganjurkan program tahunan “UMS Aesthetic and Therapeutic Month: Radiant September – Reveal, Refine, Renew” sepanjang bulan September 2025. Majlis perasmian akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh: 3 September 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah