Kenapa Sabah?

KENAPA SABAH?

Pemandangan waktu subuh dari puncak Gunung Kinbalu

WARISAN SEMULA JADI
Sabah terletak di bahagian paling utara pulau Borneo. Negeri  ini penuh dengan tempat-tempat menarik dan menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan. Kepelbagaian budaya dan alam semulajadi yang terdapat di negeri ini menjadikan ia bahagian yang paling menarik     di Borneo. Sabah dikurniakan dengan pelbagai landskap hutan tropika, gunung dan lautan asli dan terkenal sengan khazanah alam semula jadi yang merangkumi kawasan pemuliharaan Lembah Danum, rezab hidupan liar Tabin dan Maliau Basin.  Sebahagian daripada flora dan fauna yang ada di negeri ini juga tidak terdapat  di bahagian lain di dunia. Sabah merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan bio-pemuliharaan. 

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Mamut,Ranau

 

Orangutan merupakan antara haiwan menarik di Sabah dan  

Orangutan hanya boleh ditemui di hutan Borneo dan Sumatra  


·  MASYARAKAT

Sabah mempunyai kompilasi penduduk yang unik dan menarik.  Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan menuturkan  lebih daripada 80 dialek etnik di samping Bahasa Melayu. Setiap kaum ini pula  mempunyai budaya, perayaan dan adat resam yang unik. Sabah menawarkan pelbagai skop kebudayaan untuk diterokai, menjadikannya suatu negeri yang ideal kepada pelajar yang inginkan pengalaman tersendiri.

Siswa dan siswi UMS memakai pakaian tradisional etnik-etnik yang terdapat di Sabah

 

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.