PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI KOMPUTERAN & INFORMATIK
SUBJEK: IKLAN PEMBUKAAN MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS), dibawah pengurusan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019 dengan menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Data dan Sanitasi Data kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan persendirian dan orang awam dengan bayaran yang munasabah.
 
Sempena pembukaan Klinik Siber yang pertama di Borneo dan di universiti awam Malaysia ini, satu promosi “Pre-Launch” akan diadakan dimana perkhidmatan diagnosis awal cakera keras (Hard disc) dan sticks memori (Thumb drive) secara PERCUMA akan diberikan kepada semua warga UMS sebelum proses pemulihan data dijalankan.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN STRATEGIK & KOMUNIKASI KORPORAT
SUBJEK: SAKSIKAN AMANAT MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MELALUI SKRIN BESAR DI UMS
 
Warga Universiti Malaysia Sabah dijemput untuk sama-sama menyaksikan Amanat Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik melalui paparan skrin besar secara FB Live pada 14 Januari ini mengikut ketetapan lokasi seperti yang berikut.
 
UMS Kota Kinabalu
Galeri Majlis, Bangunan Canselori
 
UMS Kampus Antarabangsa Labuan 
Podium A
 
Fakulti Pertanian Lestari Sandakan 
Bilik Mesyuarat Utama
 
Paparan skrin besar akan bermula pukul 9.45 pagi. Jumpa anda di sana!

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: HEBAHAN PERMOHONAN GERAN "KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAMME (KTP)" SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN "ROLLING" KEEMPAT (2019)
 
 
Sila hubungi Pn. Sarlona J. Gindug (Timbalan Pendaftar) Ext: 612203 / PM Dr.Sivakumar Kumaresan (Timbalan Pengarah PJIK) Ext:612200 / Dalton J.P. (Pem.Tadbir) Ext:612208