PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
KEPADA : SEMUA KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : PENGISIAN DAN PENILAIAN LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2018 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
Semua kakitangan UMS WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2018.
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD) membuat pengisian sebelum 31 Disember 2018 manakala Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) menyelesaikan penilaian LNPT sebelum 31 Januari 2019.
 
Sekian, harap maklum.
 
UNIT PERHUBUNGAN PEKERJA DAN PRESTASI
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
 
Pegawai dihubungi:
1. Pn. Carrie Grace Jaymess (No. Samb. 4157)
2. Pn. Sabiah Bansai/ Pn. Saverin Vun Sang (No. Samb. 1173)
 
LAMPIRAN: 
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Makluman Mengenai Caj Rawatan Pesakit Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)
 
MAKLUMAN MENGENAI CAJ RAWATAN PESAKIT HOSPITAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (HUMS)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
2.     Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil. 6/2018 (Siri 1) Kali Ke-225 yang bersidang pada 12 November 2018, bersetuju bahawa cadangan caj rawatan bagi pesakit HUMS adalah seperti yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013. 
 
3.     Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mewar-warkan perkara ini kepada semua staf di J/F/P/I/B masing-masing. Bersama ini disertakan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta sebagai rujukan pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan. 
 
4.     Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Unit Kewangan, HUMS di talian 088-320000 sambungan 6115244. 
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.
 
Lampiran 1 (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Subjek: Program Pembersihan Pantai ODEC UMS Anjuran Pusat Islam dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Adalah dimaklumkan Program Pembersihan Pantai ODEC bagi JTMK & PIUMS telah ditunda atas faktor cuaca. Oleh yang demikian, tarikh baru akan dimaklumkan kelak.
 
Sekian dan terima kasih