PENGUMUMAN DARIPADA : SEKSYEN PENGURUSAN PENYELIDIKAN, PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI SKIM DANA NIC UMS TAHUN 2019
 
Sukacita dimaklumkan bahawa PPPI telah membuka tawaran permohonan Skim Dana Nic secara atas talian melalui sistem SMPPPI bermula 17 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019.
 
Sehubungan itu, semua kakitangan akademik adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal SMPPPI; https://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx . Pemohon adalah dipohon untuk mengambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting permohonan seperti berikut:
 

TARIKH MULA

TARIKH AKHIR

PERKARA

TINDAKAN

CATATAN

17 Dis 2018

31 Jan 2019

Permohonan Skim Dana Nic secara online melalui SMPPPI

Pemohon

Tempoh 45 hari

1 Feb 2019

7 Feb 2019

Semakan teknikal borang permohonan

 

Proses penetapan Panel Penilai UMS

PPPI

Tempoh 7  hari

8 Feb 2019

22 Feb 2019

Penilaian secara online oleh Panel Penilai UMS

PPPI & Panel Penilai

Tempoh Penilai yang ditetapkan adalah selama 14 hari

23 Feb 2019

5 Mac2019

Tempoh penambahbaikan kertas cadangan secara online

 

Pembentangan sekiranya perlu

Pemohon

Tempoh 14 hari

6 Mac 2019

15 Mac 2019

Perakuan dan kelulusan peringkat PPPI

PPPI

 

 
 
Dilampirkan bersama ini Garis Panduan Skim Dana Nic UMS (Tahun 2018) makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./tuan/puan.
 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pengurusan Penyelidikan, PPPI melalui talian sambungan:
 
  1. Pn. Zainoriah Matnoor no. samb. 613808
  2. Pn. Jumawati Catacutan no. samb. 613811
  3. Pn. Norapidawati Mohd. Yunus no. Samb. 613819
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA  : JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK :  HEBAHAN PELUPUSAN PERABOT DI JPP SECARA JUALAN LELONG
 
 
Semua Kakitangan
Universiti Malaysia Sabah
 
 
YBrs./Tuan/Puan,
 
PELUPUSAN PERABOT DI JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SECARA JUALAN LELONG
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan, pihak Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) akan mengadakan jualan lelong perabot bagi tujuan pelupusan aset pada ketetapan yang berikut:
 
Tarikh            :           20 Disember 2018 (Khamis)
Masa              :           9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat          :           Bilik Mesyuarat Pengurusan, JPP
 
Bersama surat ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27 dan KEW.PA-27(A) sebagai rujukan Y.Brs/tuan/puan. Semua warga UMS dijemput hadir menghadiri sesi jualan lelong berkenaan. Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan En. Zulhazwan Salim ditalian sambungan 8701.
 
Perhatian Y.Brs/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan
Subjek: Jualan Akhir Tahun Produk FSMP 2018
 
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Untuk makluman, pihak Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan mengadakan Jualan Akhir Tahun Produk FSMP bermula pada 14 Desember 2018 sehingga 11 Januari 2019. Tempoh jualan adalah terhad dengan menawarkan potongan harga sehingga 20%.
 
Sekian, terima kasih.