Pengumuman Daripada: Unit Terjemahan UMS (UTUMS)
Subjek: Tawaran Perkhidmatan Unit Terjemahan UMS (UTUMS)
 
Unit Terjemahan UMS (UTUMS) ditubuhkan pada Januari 2016 atas keperluan piawaian penulisan yang lebih tinggi dalam penerbitan akademik Universiti. UTUMS ialah hak milik UMS dan ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).
 
Objektif utama UTUMS adalah untuk menawarkan khidmat penterjemahan dan suntingan berkualiti untuk para akademik, prasiswazah dan pascasiswazah dalam penulisan laporan kajian, buku, kertas persidangan dan makalah jurnal dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain; membantu pentadbiran Universiti menterjemah dan menyunting dokumen, pengumuman dan kandungan laman sesawang rasmi; serta menyediakan perkhidmatan berkualiti yang serupa kepada agensi luar di Sabah.
 

PEMAKLUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK : PEMAKLUMAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PEMANGKU PENDAFTAR (TEMPOH : 13 NOVEMBER 2018 HINGGA 31 JANUARI 2019)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan Puan Aidah Noordin (Pengarah Pusat Minda Lestari) telah dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan tugas sebagai Pemangku Pendaftar berkuatkuasa 13 November 2018 sehingga Pendaftar melapor diri bertugas semula pada 1 Februari 2019.
 
Perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, ke atas perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, harap maklum.