Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita, berikut disertakan pautan rakaman sesi taklimat SSPA untuk rujukan kakitangan UMS:
 
a) SESI TAKLIMAT KUMPULAN PELAKSANA
ii. Kata Laluan: sspa24@UMS
 
b) SESI TAKLIMAT KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
ii. Kata Laluan: sspa24@UMS
 
c) SESI TAKLIMAT KUMPULAN AKADEMIK
ii. Kata Laluan: sspa24@UMS
 
3.    Sehubungan itu, semua kakitangan boleh mendapatkan Dokumen Tawaran Opsyen SSPA daripada Ketua Pentadbiran JAFPIB masing-masing. Kakitangan yang telah menerima dokumen opsyen diingatkan untuk menyemak maklumat dengan teliti, menandatangani Lampiran 2 dan 3 sahaja, membuat pilihan penerimaan atau penolakan tawaran opsyen di Lampiran 3 dan mengembalikan kedua-dua set dokumen kepada Ketua Pentadbiran masing-masing selewat-lewatnya pada 30 November 2024.
 
Perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar
22 Oktober 2024
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global

 

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MAJLIS SAMBUTAN 30TH ANNIVERSARY OF UNIVERSITI MALAYSIA SABAH AND 50TH ANNIVERSARY OF DIPLOMATIC RELATIONS BETWEEN MALAYSIA AND CHINA

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global (PPPG) dengan kerjasama Confucius Institute (CI), Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) akan mengadakan Majlis Sambutan 30th Anniversary of Universiti Malaysia Sabah and 50th Anniversary of Diplomatic Relations between Malaysia and China pada ketetapan dibawah;

Tarikh            :           29 Oktober 2024 (Selasa)

Masa              :           2.00 – 4.00 petang

Tempat          :           Dewan Resital, UMS

 

3.    Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke majlis tersebut. Mohon isikan maklumbalas kehadiran di pautan ini https://forms.office.com/r/srVhDi2p4b atau melalui QR Code ini:

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dengan Kerjasama Fakulti Pengajian Islam (FIS) menjemput dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk membaca dan memperbaiki bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim secara praktikal melalui Kelas Pengajian Al-Quran dan Iqra'. Program ini akan dijalankan secara mingguan bermula November 2024dan terbuka kepada kakitangan UMS (Akademik dan Bukan Akademik) serta Orang Awam.
 
🗓 Hari: Setiap Selasa dan Khamis
⏰ Masa Pilihan: 6.30 AM - 7.30 AM / 1.00 PM - 2.00 PM /8.00 PM - 9.00 PM
📍 Tempat: Secara Dalam Talian
 
💵 Yuran: RM50 (Pendaftaran), RM50 (Bulanan)
 
💡Kelebihan:
- E-Sijil disediakan
- MyIDP point disediakan (Kakitangan UMS)
- Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman
 
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
📌 DAFTAR SEKARANG📌
 
🔗 Link Pendaftaran: https://forms.gle/19SEysX6PSdWmioV6
 
Sebarang pertanyaan, hubungi:
http://www.wasap.my/60168655694 (Ustazah Fazelah)
http://www.wasap.my/60149126809 (Ustaz Ghazali)
 
#jomngajiquran
#UMSshare