PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
SUBJEK : MAKLUMAN KERJA-KERJA NAIKTARAF INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DAN PUSAT DATA DI BANGUNAN JTMK
TUJUAN : Naiktaraf Infrastruktur Rangkaian dan Perubahan Susunatur Rak Bilik Pelayan Utama Pusat Data.
 
OBJEKTIF : 
1) Menyiapkan penyusunan semula rak untuk memberikan pengudaraan sejuk yang tertumpu untuk semua rak.
2) Menyiapkan pemasangan bekalan elektrik dan pembumian pada setiap rak.  
 
TARIKH : 03 Februari 2018 (Sabtu)
MASA : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
 
Sepanjang tempoh kerja-kerja naiktaraf ini, perkhidmatan capaian rangkaian dan sistem aplikasi UMS akan mengalami gangguan.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali. 
 
Sekian Terima Kasih

PENGUMUMAN DARIPADA           :           PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                               
PENGUMUMAN KEPADA                :           SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK UMS
           
SUBJEK                                              :           PEMAKLUMAN PENGGUNAAN  SISTEM PERMOHONAN
                                                                        MENGHADIRI PERSIDANGAN
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) akan menguatkuasakan penggunaan sistem permohonan menghadiri persidangan dalam dan luar negara berkuatkuasa pada 1 Februari 2018.
 
3.       YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang berhasrat membuat permohonan menghadiri persidangan dalam dan luar negara dengan bantuan / tanpa bantuan / menggunakan geran bolehlah mengakses sistem tersebut melalui URL: https://ppi.ums.edu.my.
 
4.       Untuk makluman, satu sesi latihan akan diadakan bagi memastikan kelancaran penggunaan sistem berkenaan yang akan dimaklumkan kelak. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan En. Ag. Ismawadi Bin Hj. Ag. Jaman (Samb.613827).
 
Segala perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /Prof./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)

PEGAWAI DIHUBUNGI: 613808/613815/613818/613825

SUBJEK: PEMBUKAAN BAGI TEMPAHAN SIJIL DAN MEDAL TAMBAHAN SEMPENA PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) 2017

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa, tempahan sijil dan medal tambahan sempena Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) 2017 telah dibuka sehingga 28 Februari 2018 dan kadar bagi sijil serta medal tambahan adalah seperti berikut:

 

Bil.

Perkara

Kadar

1.

Sijil

RM10.00

2.

Medal

RM50.00

 

3.       Tempahan bolehlah dibuat dengan membuat pembayaran di Kaunter Terimaan Bendahari terlebih dahulu dan menghantar Borang Tempahan berserta resit bayaran tersebut ke PPI menggunakan Borang Tempahan seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung terus dengan Urus Setia seperti berikut:

 

Nama Urus Setia

No. Samb.

E-mel

Pn. Zainoriah Matnoor

613808

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Masrina Maujar

613815

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pn. Norainie Awot

613818

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Ruzita Mohammad

613825

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.