Pengumuman Daripada: Seksyen Pembangunan Profesional, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Menghadiri Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2018
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftar akan mengadakan Kursus Metodologi Penyelidikan Siri 1/2018 pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh: 12 - 14 Februari 2018 (Isnin - Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Pengajian Pascasiswazah
 
Sehubungan itu, kakitangan akademik yang bercadang melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana / PhD adalah dipelawa untuk menyertai kursus tersebut.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan En. Adrian Amatus melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di sambungan 1132 sebelum atau pada 8 Februari 2018 (Khamis).

Pengumuman Daripada: Perpustakaan, UMS
Subjek: Buku Baharu Terpilih Perpustakaan UMS
 
Berikut merupakan koleksi bahan baharu terpilih. Sila kunjungi Perpustakaan,Ums (Kampus Induk) atau layari  laman sesawang Perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut;
 
 
Terima Kasih kerana menggunakan perkhidmatan Perpustakaan, UMS.

Pengumuman daripada:  Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi:  Urus Setia Penyelidikan, (samb.) 613825/613808/613802 untuk Geran SBK & SPLB dan Urus Setia Inovasi (samb.) 613815/613806/613803 untuk Geran SGI sahaja
Subjek:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) FASA 1/2018

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Fasa 1/2018 telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan, iaitu http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.  Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
 
Tempoh Pengisian Permohonan dalam Sistem Maklumat Penyelidikan
Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPI
*Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Penilaian
1  Februari –
31 Mac 2018
 
2 – 6 April 2018
9 – 30 April 2018
 
Nota: Jawatankuasa Penilaian dianggotai oleh panel penilai dalaman dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan Skim Geran Penyelidikan UMS (SGPUMS) dan Garis Panduan Skim Geran Inovasi (SGI) untuk makluman dan juga perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah menghubungi pihak Urus Setia seperti yang berikut:
 
Jenis Geran Penyelidikan
Urus Setia
No. Telefon (samb.)
SBK & SPLB
Seksyen Penyelidikan, PPI
613825/613808/613802
SGI
Seksyen Inovasi, PPI
613815/613806/613803
 
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan, UMS
Subjek: Koleksi Peta Terpilih Perpustakaan, UMS
 
Berikut merupakan koleksi bahan peta terpilih. Sila kunjungi Perpustakaan,Ums Kampus Induk atau layari  laman sesawang Perpustakaan untuk maklumat lebih lanjut;
 
 
Terima Kasih kerana menggunakan perkhidmatan Perpustakaan, UMS.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA : JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
SUBJEK : MAKLUMAN KERJA-KERJA NAIKTARAF INFRASTRUKTUR RANGKAIAN DAN PUSAT DATA DI BANGUNAN JTMK
TUJUAN : Naiktaraf Infrastruktur Rangkaian dan Perubahan Susunatur Rak Bilik Pelayan Utama Pusat Data.
 
OBJEKTIF : 
1) Menyiapkan penyusunan semula rak untuk memberikan pengudaraan sejuk yang tertumpu untuk semua rak.
2) Menyiapkan pemasangan bekalan elektrik dan pembumian pada setiap rak.  
 
TARIKH : 03 Februari 2018 (Sabtu)
MASA : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
 
Sepanjang tempoh kerja-kerja naiktaraf ini, perkhidmatan capaian rangkaian dan sistem aplikasi UMS akan mengalami gangguan.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali. 
 
Sekian Terima Kasih