PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: CADANGAN PROGRAM / PROJEK DIBAWAH INISIATIF NBOS 8: UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC)
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas.
 
Untuk makluman pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), mempelawa semua Universiti untuk mengemukakan cadangan program/projek UCTC yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dengan pengamalan prinsip NBOS (low cost, high impact, rapid execution and sustainability). Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini terhad kepada 10 cadangan terbaik sahaja bagi setiap universiti yang merangkumi 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2018 dan 5 cadangan program/ projek bagi tahun 2019.
 
Bersama-sama ini disertakan format cadangan program/ projek UCTC seperti berikut:
 
 
 
Cadangan Program/ Projek UCTC yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan sebelum atau pada 07Februari 2018 (Isnin) jam 5.00 Petang untuk tindakan selanjutnya di Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (CICN). Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada:
 
  • Prof. Madya Dr. Sivakumar Kumaresan     
  • Tel      : 612200       
  • Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
  • En.Suffian Osman
  • Tel      : 612202
  • Emel   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA:  KELAB SUKARELAWAN PACUAN EMPAT RODA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH / UNIVERSITI MALAYSIA SABAH FOUR WHEEL DRIVE VOLUNTEER CLUB (UMS 4WDVC)
SUBJEK:  MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG UMS 4WDVC KALI KE-2

Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda Universiti Malaysia Sabah atau Universiti Malaysia Sabah Four Wheel Drive Volunteer Club (UMS 4WDVC) adalah kelab yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan no. pendaftaran PPM-067-12-20012016.  Selaras dengan Perlembagaan UMS 4WDVC, Fasal 7 perkara (3), Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung UMS 4WDVC Kali Ke-2 yang akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh   : 9 Februari 2018 (Jumaat)

Masa     : 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan     

Agenda Mesyuarat;

1.    Ucapan Aluan oleh Presiden UMS 4WDVC.

2.    Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung oleh Naib Canselor UMS.

3.    Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab Tahun 2017 oleh Setiausaha.

4.    Pembentangan Laporan Kewangan Kelab Tahun 2017 oleh Bendahari (sehingga 31 Disember 2017).

5.    Pembubaran Jawatankuasa UMS 4WDVC Tahun 2016 / 2017.

6.    Pelantikan Pengerusi Sementara dan Pencatat Minit Sementara.

7.    Pengundian dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa UMS 4WDVC bagi Tahun 2018 / 2019.

8.    Membincangkan pelantikan Ketua Biro dan pelantikan Juruaudit.

9.    Membincangkan cadangan usul.

10.  Membincangkan hal-hal lain.

Sehubungan itu, semua ahli  UMS 4WDVC adalah dimohon hadir dalam mesyuarat berkenaan.  Bersama ini disertakan Kertas Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa dan Kertas Cadangan Usul Mesyuarat Agung untuk tindakan Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan.  Mohon maklumbalas Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan bagi kedua kertas berkenaan sebelum 26 Januari 2018 melalui emel Setiausaha Kelab iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kepada kakitangan UMS yang berminat menyertai kelab ini, Y.Bhg. Prof. / Dr. / Tuan / Puan boleh mengisi borang permohonan keahlian yang disertakan bersama.  Maklumat syarat keahlian, yuran dan perlembagaan kelab juga turut disertakan sebagai rujukan.

PENGUMUMAN DARIPADA  :     SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
 
SUBJEK :     JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ANJURAN IEC-IEEE-KATS, ACADEMIC CHALLENGE ; FUTURE CHALLENGES IN STANDARDISATION
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Standard Malaysia menjemput YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengambil bahagian di dalam satu pertandingan berkenaan standardisasi yang sedang dianjurkan secara kerjasama oleh tiga badan standardisasi antarabangsa iaitu International Electrotechnical Commission (IEC), Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE), dan Korean Agency for Technology and Standards (KATS).
 
Pertandingan ini adalah berbentuk penulisan kertas akademik/ penerbitan bertemakan “Future challenges in standardization” dan menawarkan hadiah sehingga USD 20 000. Tarikh tutup bagi penghantaran abstrak adalah pada 31 Januari 2018, manakala kertas kerja lengkap adalah pada 31 Mac 2018.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web pihak penganjur di https://www.iecieeekats.com. Sekian, terima kasih.