PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: HEBAHAN PENYERTAAN SEMINAR PENGURUSAN MASJID PROFESIONAL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT UMS TAHUN 2017M/1439H
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS (PIUMS) akan mengadakan Seminar Pengurusan Masjid Profesional sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS tahun 2017M/1439H pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
                        Tarikh                        : 6hb-7hb Disember 2017 (Rabu-Khamis)
                        Masa                          : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
                        Tempat                      : Masjid UMS
                        Yuran Penyertaan  : Percuma (Kakitangan UMS/Pelajar UMS)
                                                              RM35.00 (Orang Awam)
                                               
Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai seminar tersebut. Bersama-sama dengan ini, disertakan borang penyertaan dan aturcara seminar untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar ini, bolehlah berhubung dengan kakitangan pejabat Pusat Islam di talian : 088-320000-samb. 2743/2742.