Pengumuman Daripada
: Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Subjek
: Penutupan Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan Pada 01 Disember 2017
 
Pengguna Gimnasium PFRC Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Gimnasium akan ditutup bersempena dengan cuti umum pada ketetapan  berikut:-
  • 01 Disember 2017      –   Maulidur Rasul (Jumaat) 

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS

SUBJEK: PENAIKTARAFAN SERVER VIRTUA PERPUSTAKAAN

 
Salam sejahtera, 
 
Makluman kepada semua warga UMS, webvirtua.ums.edu.my akan ditutup (down) sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan Virtua pada 2 Disember 2017 dan 4 - 8 Disember 2017. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: SEMINAR KELUARGA BAHAGIA SIRI 4 SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H
 
Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Islam UMS akan menganjurkan “SEMINAR KELUARGA BAHAGIA SIRI 4 SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H” pada ketetapan maklumat seperti berikut:
 
Tarikh            : 4hb Disember 2017 (Isnin)
Masa              : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Tempat          : Masjid UMS
Yuran             : kakitangan UMS RM10.00
                          Orang Awam/Jabatan Luar UMS : RM15.00
                          Pelajar UMS : Percuma
 
Sehubungan dengan itu, Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai dan menghebahkan program tersebut kepada kakitangan di bawah seliaan Y.Brs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menggalakkan penyertaan. Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan dan aturcara seperti di Lampiran. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah berhubung dengan Ustazah Noor Fazelah Salimin di talian pej.: 088-320000 - Samb. 2740/H.P No. 019-5323732.
 
Lampiran:-

PENGUMUMAN DARIPADA: PENDAFTAR UMS
SUBJEK: IKLAN JAWATAN KETUA PEGAWAI OPERASI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 
SEMUA STAF
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
IKLAN JAWATAN KETUA PEGAWAI OPERASI DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa staf yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut di atas, dengan mengemukakan:
 
  1. Permohonan melalui Ketua Jabatan;  
  2. Curriculum Vitae (CV) terkini (Gambar, alamat surat, nombor telefon, latar belakang pendidikan, pengalam kerja dalam jawatan pentadbiran, menamakan dua (2) individu sebagai rujukan dan maklumat lain yang berkaitan);
  3. Salinan sijil akademik yang disahkan;
  4. Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini; dan
  5. Mengisi borang Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi.
 
3.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2017 (Khamis). Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.