Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Hebahan Penggunaan Modul Sistem Pengurusan Mel Universiti Malaysia Sabah
 
YBrs. Prof./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pentadbiran Dan Governan, Jabatan Pendaftar telah mewujudkan Sistem Perkhidmatan E-Pos secara atas talian. Sistem ini digunakan agar pengurusan surat menyurat atau dokumen universiti ini berjalan dengan lebih efisyen dan sistematik.
 
3. Sehubungan dengan itu, beberapa modul telah dimasukkan iaitu modul mel masuk dan modul mel keluar (Borang A). Mohon kerjasama YBrs. Prof./Tuan/Puan, agar dapat menggunakan sistem tersebut untuk tujuan menerimaan dan penghantaran surat menyurat pihak YBrs. Prof./Tuan/Puan.
 
4. Dilampirkan Manual Pengguna (Sistem E-Pos) untuk rujukan YBrs. Prof./Tuan/Puan bagi memudahkan penggunaan sistem tersebut. YBrs. Prof./Tuan/Puan juga boleh melayari terus laman https://hronline.ums.edu.my/ untuk menggunakan sistem tersebut. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Norazah Hamzah ditalian samb. 1086 atau Pn. Ismaniza Basri samb. 1457.
 
Kerjasama dan perhatian YBrs. Prof./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN
SUBJEK:  TALK ON DEPRESSION AND ANXIETY
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa American Corner Sabah, Perpustakaan UMS akan menganjurkan Talk on Depression and Anxiety  bertarikh 9 Mei 2017.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bersama-sama memeriahkan Program ini di 1Megalab, Perpustakaan UMS, pada 9 pagi - 12 tengahari. 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:     JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK:      MAKLUMAN AUDIT LUAR EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI BULAN MEI 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Audit EKSA Universiti akan mengadakan Audit Luar EKSA pada 8 -12 Mei 2017. Program ini bertujuan bagi melihat tindakan penambahbaikan selepas audit luar dan audit dalam EKSA yang telah dilaksanakan sebelum ini.                

Sehubungan itu, jasa baik tuan/puan adalah dipohon untuk memberikan kerjasama semasa audit dijalankan. Bersama ini disertakan jadual audit untuk makluman pihak tuan/puan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Norazah Hamzah di sambungan 1505.

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Lampiran:-