PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER II
 
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI PERTENGAHAN SEMESTER II SESI 2016/2017 BERMULA  01  – 09 APRIL 2017  ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
 
HARIMASA
ISNIN – KHAMIS : 8:30 PAGI – 5:00 PETANG
JUMAAT: 8:30 PAGI – 11:30 PAG
 : 11:30 PAGI – 2:00 PETANG ( TUTUP )
 : 2:00 PETANG – 5:00 PETANG
SABTU: 9:30 PAGI – 1:00 PETANG

 

AHAD & CUTI AM   : TUTUP

Pengumuman Daripada
: Fakulti Komputeran dan Informatik
Subjek
Borneo Cyber Security Challenge 2017
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik dengan kerjasama dengan SKMM akan mengadakan Borneo Security Cyber Challenge 2017 pada bulan April ni.
 
 Acara ditetapkan seperti berikut: 
Tarikh
: 8 & 9 April 2017
Masa
: 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat
: Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah
 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Subjek: Iklan Jawatan Pengetua dan Felo Kolej Kediaman UMS

 

IKLAN JAWATAN
Kepada kakitangan UMS yang berkelayakan dan berminat untuk menyumbang bakti dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar di kolej kediaman adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
PENGETUA
 
KELAYAKAN :

i)             Terbuka kepada Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) Gred 44 dan ke atas serta berjawatan tetap.

ii)           Minat yang tinggi untuk memimpin dan membantu dalam aspek kebajikan dan pembentukan sahsiah pelajar

iii)          Sedia berkhidmat setiap masa

iv)          Mempunyai personaliti positif

v)           Memikul tanggungjawab untuk mengetuai pengurusan kolej kediaman

vi)          Sihat tubuh badan

 

FAEDAH & KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN:
  • Elaun
  • Sebuah rumah yang dilengkapi kemudahan asas. (wajib menginap di rumah kediaman yang disediakan)

 

FELO
 
KELAYAKAN :
  1. Kakitangan Akademik / Bukan Akademik berjawatan tetap / kontrak pusat (Pendaftar).
  2. Pelajar Pascasiswazah Aktif dalam Pengajian Sepenuh Masa Sahaja.
  3. Sedia membantu pengetua /timbalan pengetua dalam urusan pembangunan sahsiah pelajar.
  4. Sedia berkhidmat setiap masa
  5. Sihat tubuh badan
  6. Wajib mendapatkan kebenaran/sokongan dari dekan/ketua JFPIU.
  7. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kenderaan dan berstatus bujang.

 

FAEDAH & KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN :
  • Kediaman percuma (wajib menginap di kediaman yang disediakan)

 

* Pemohon yang memenuhi syarat dan tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

 

Borang Permohonan boleh diperolehi di Bahagian Perumahan dan Hospitaliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar semula ke Bahagian Perumahan dan Hospitaliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Bangunan Anjung Siswa. Selewat-lewatnya pada 17 April 2017 (Isnin).
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Nursyarina @ Susan Justin Lanak  di talian 088-320000 samb 4171.