PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), PENDAFTAR DAN PEGAWAI UNDANG-UNDANG DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ingin mempelawa kakitangan di Universiti Tuan/ Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pendaftar dan Pegawai Undang-Undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan perkara tersebut. Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Mac 2017 (Rabu).

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Jemputan Menyertai Larian Staf Universiti Malaysia Sabah 2017
 
Maklumat program adalah seperti berikut;
Tarikh
: 01 Mac 2017
Masa
: 4.15 Petang
Tempat
: Dataran Dewan Canselor, UMS
 
Pegawai dihubungi : 
1. En. Azman Soaibah (016-8207479/ext:3589)
2. En. Ramlan Muhammad Rashid (014-8926342/ext:3588)
 
 

Pengumuman Daripada
: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Isu atau Perkara Yang Hendak Dibincangkan Dalam Mesyuarat MBJ UMS
Kepada
: Kakitangan Akademik UMS
 
Assalamualaikum dan Salam Bahagia warga staf  Akademik UMS,
 
Ybhg. Prof, Prof Madya, Dr, Encik, Puan,
 
Jika ada sebarang isu atau perkara yang hendak dibincangkan dalam mesyuarat MBJ UMS, bolehlah dikemukakan perkara tersebut kepada alamat email berikut ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perbincangan, ketelusan membawa berkat.
 
Sekian dan terima kasih.
 
Yang Ikhlas,
AJK Perkhidmatan dan Libatsama Masyarakat Persatuan Kakitangan Akademik UMS

PENGUMUMAN DARIPADA: INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI
SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI SIMPOSIUM BIOTEKNOLOGI KE-5 (SBS)

Yang dihormati Dato’ /Datin /Prof. /Prof. Madya /Dr. / Tuan /Puan,
 
Jemputan untuk menyertai Simposium Bioteknologi ke-5 (SB5), anjuran Institut Penyelidikan Bioteknolologi, Universiti Malaysia Sabah
 
Bagi pihak jawatankuasa penganjur, sukacita dimaklumkan, Dato’ /Datin /Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan adalah dijemput untuk menyertai Simposium Bioteknologi ke-5 (SB5) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 15-16 November 2017
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah
 
Yuran penyertaan (seorang):
 
 
Symposium
Symposium + Indexed Journal**
PENYERTAAN TEMPATAN
Student
RM 600 (500*)
RM 850 (750*)
Non Student
RM 750 (650*)
RM 1000 (900*)
PENYERTAAN ANTARABANGSA
Student
USD 400 (350*)
USD 475 (425*)
Non student
USD 550 (500*)
USD 625 (575*)
*Early bird price.
**Manuscripts will be subjected for peer-reviewing, therefore only those meet the conditions and comments of the journal editor and reviewers will be published.

Tarikh akhir Abstrak: 
 
30 Jun 2017 (Harga 'Early Bird') / 1 Ogos 2017 (Harga biasa)
 
  • Skop Simposium
  • Molecular Genetics
  • Molecular Microbiology 
  • Natural Product and Biochemistry
  • Cell and Tissue Culture
  • Bioprocess Engineering and Nanotechnology
  • Product Development and Prototyping
  • Bioinformatics
  • Food Biotechnology 
 
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh layari :
Mohon sekiranya penganjuran Simposium Bioteknologi ke-5 (SB5) ini dapat dihebahkan kepada pelajar-pelajar seliaan Dato’ /Datin /Prof. /Prof. Madya /Dr./ Tuan/Puan dan juga kepada rakan-rakan kakitangan di institusi/jabatan lain.