Pengumuman Daripada
: Pusat Islam UMS
Subjek
: Jemputan Ke Majlis "Kepimpinan Dan Pengurusan Cara Rasulullah S.A.W."
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Sejahtera
 

Tuan/ Puan,
 
​DI JEMPUT KAKITANGAN UMS UNTUK HADIR KE MAJLIS PERKONGSIAN ILMU SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H/2017 PERINGKAT UMS YANG BERTAJUK "KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN CARA RASULULLAH S.A.W."
 
TARIKH
: 10 FEBRUARI 2017 (JUMAAT)
MASA
: 8.30 - 11.30 PAGI
TEMPAT
: GALERI MAJLIS, ARAS 3 BANGUNAN CANSELORI
PENCERAMAH
: DR. SARIP ADUL, PENSYARAH KANAN PPIB UMS​

 

Aturcara Ceramah Maulidul Rasul Dr. Sarip Adul (.pdf)

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Semasa Semester Bermula 13 Februari 2017
 
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA  SEMESTER II SESI 2016/2017 BERMULA  13 FEBRUARI 2017  ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
 
ISNIN – JUMAAT
: 8:30 PAGI – 10:30 MALAM
SABTU & AHAD
: 8:30 PAGI – 6:00 PETANG
CUTI AM
: TUTUP

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Subjek: Ucapan Penghargaan Di Atas Sumbangan Ikhlas Bantuan Mangsa Banjir Kota Marudu/ Pitas

 

Tuan/Puan,
 
UCAPAN PENGHARGAAN DI ATAS SUMBANGAN IKHLAS BANTUAN MANGSA BANJIR KOTA MARUDU/PITAS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa saya bagi pihak JK Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat PPIB (KARIB) ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan di atas penglibatan dan sumbangan ikhlas tuan/puan dalam menjayakan misi bantuan ini. KARIB telah berjaya menyerahkan sumbangan yang bernilai lebih kurang RM6000 kepada mangsa yang terlibat dengan bantuan HEPA UMS dan JPAM pada 6/12/2017.
 
Terima kasih kepada penderma yang terlibat Lai Yew Meng, Mohd Azhar Shamsuddin, Jualang @Azlan Gansau, Chua Yong Wei, Seri Pali, Abrielle Rose, Saniyil Bansai, Suhaimie Sahabudin, John Mark Storey, warga Fakulti Perubatan UMS, warga Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan UMS, Mohd Tamring, Baba Daeng Matutu, Wasang Daeng Masennang, Pake Daeng Marrapi, Sira, Sulo, Tangsi, Normah, PAREX Group, Budi Anto, Nelson, Rudie, Veronica, Rosmah Derak, Kusnadi Nordin, Bernadette Tobi, Zainoriah (PPI), Allayarhamah AM dan keluarga, Siti Katijah Johari, serta warga PPIB dan penderma yang tidak ingin dinyatakan nama mereka.
 
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli rombongan yang memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan misi bantuan ini. Terima kasih kepada Prof Madya Dr. Jualang @Azlan Gansau (Dekan PPIB) merangkap ketua rombongan, Veronica Petrus Atin,  Suhaimie Sahabuddin (Penolong Pendaftar Kanan PPIB)  Nelson JustinAdeh, Eveny Joseph, Saniyil Bansai, Bernadette Tobi, Diana Derin, Dr. Nordie Achi, Rudie Adie Razak, Erwin Rusfian Rukkung, Sarinah Awang dan Dr. Jeannet Stephen.
 
Pihak Karib mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dan memohon maaf sekiranya ada yang terlibat dalam misi ini dan juga sebagai penderma yang tidak dinyatakan namanya. Sudah pasti amalan baik kita ini akan mendapat balasan dari Allah S.W.T
 
Sekian.
 
Yang Ikhlas
 
BUDI ANTO MOHD TAMRING
Pengerusi JK KARIB PPIB
Merangkap Pengerusi Misi

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Perkhidmatan Turnitin Kini Kembali​
 
Perkhidmatan Turnitin kini kembali
 
logo turnitin
 
Dengan sukacita mengumumkan bahawa perkhidmatan Turnitin kini boleh digunakan.

Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
: Penundaan Majlis Makan Malam KESUMBA
Pegawai Dihubungi
: Puan Elizabeth Malanjun (016-830 7801) Puan Norazah Hamzah (019-870 1712) Puan Anita Jamo@Rudy (016-776 8285) Puan Liana Nasir (011-2683 5105)
 
PENUNDAAN MAJLIS MAKAN MALAM KESUMBA 
TEMA :FAB & GLAM
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Majlis Makan Malam KESUMBA bertemakan Fab & Glam yang dijadual pada 4 Mac 2017 (Sabtu) DITUNDA ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 
 
Kami bagi pihak Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) memohon jutaan kemaafan atas kesulitan yang dihadapi.
 
Sekian, mohon maaf dan harap maklum