Pengumuman Daripada
: Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA)
Subjek
: Jemputan Menghadiri Program "Transformasi Diri Bersama Prof. Dr Muhaya" Anjuran Biro Pendidikan dan Pelajaran KESUMBA & EXCO Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
Pegawai Dihubungi
: Puan Stella @ Nurul Martini Gontol (013-830 8577)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
: Puan Norazah Hamzah (019-870 1712)
 
 
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM "TRANSFORMASI DIRI BERSAMA PROF. DR MUHAYA" ANJURAN BIRO PENDIDIKAN DAN PELAJARAN KESUMBA & EXCO HAL EHWAL WANITA DAN PERKHIDMATAN JAKMAS ( KOLEJ KEDIAMAN E)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, buat julung-julung kalinya Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dengan kerjasamaExco Hal Ehwal Wanita dan Perkhidmatan JAKMAS (Kolej Kediaman E) akan menganjurkan Program Transformasi Diri bersama Profesor Oftalmologi yang juga seorang pakar inspirasi terkenal Prof Dr. Muhaya Mohamad pada 15 Februari 2017 (Rabu) jam 11.00 pagi hingga 1.30 petang, bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah.
 
YURAN
 
Pelajar UMS
: RM10.00
Ahli KESUMBA
: RM15.00
Kakitangan UMS
: RM25.00
Penyertaan Luar
: RM50.00
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk Ahli KESUMBA/ Staf UMS/ Peserta Luar:
Puan Stella Nurul Martini Gontol
: (013-830 3577)
Puan Norazah Hamzah
: (010-870 1712)
Puan Nurul Izza Md Nordin
: (013-8500362)
 
Maklumat Perhubungan bagi pembelian tiket untuk pelajar UMS:
Cik Nurhazirah
: (017-4172 458)
 
Jgn lepaskan peluang keemasan ini.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS

SUBJEK: SENARAI KERATAN AKHBAR DISEMBER 2016 DAN JANUARI 2017

TARIKH

 

JUDUL

AKHBAR

27.1.2017

 

Finas sediakan dana RM100,000 untuk FKSW UMS papar sejarah Murut

Utusan Borneo

27.1.2017

 

Hubungan akrab mampu angkat martabat masyarakat Kadayan

Utusan Borneo

27.1.2017

 

Program Bakti Suksis UMS pupuk perpaduan

Utusan Borneo

25.1.2017

 

64 mahasiswa UMS laksana program Bakti Suksis di Kg Marakau

Utusan Borneo

25.1.2017

 

Dua kakitangan UMSKAL berpindah diraikan

Utusan Borneo

24.1.2017

 

64 pelajar UMS laksana Bakti Suksis di Kg Marakau

Utusan Borneo

23.1.2017

 

Rancakkan aktiviti perdagangan antarabangsa di kawasan pantai timur Sabah

Utusan Borneo

19.1.2017

 

Tabung kemanusiaan Acheh

New Sabah Times

16.1.2017

 

Sejarah pentadbiran awal di Sabah

Utusan Borneo

12.1.2017

 

Yayasan

New Sabah Times

11.1.2017

 

Peluang pelajari budaya universiti masing-masing

Utusan Borneo

10.1.2017

 

100 sertai Program Retreat UMS di SK Kuala Kahaba Keningau

Utusan Borneo

10.1.2017

 

Kakitangan JPP UMS bersara wajib

Utusan Borneo

9.1.2017

 

UMS rasai kehidupan masyarakat kampung di Kuala Kahaba

New Sabah Times

9.1.2017

 

Yadim, UMS dan MBS wujud tabung kemanusiaan Aceh

Utusan Borneo

5.1.2017

 

MyAgrosis bantu mahasiswa

 teroka keusahawanan tani

Berita Harian

3.1.2017

 

Laluan Basikal dari Yayasan Sabah ke UMS dibuka

Utusan Borneo

31.12.2016

 

UMS 44th on greenest campus ranking

Daily Express

31.12.2016

 

UMS ke-44 terbaik  dunia

 dalam ranking

 UI-Green Metric World University

New Sabah Times

31.12.2016

 

UMS kedudukan ke-44 terbaik dunia dalam UI-Green Metric Wqrld University' Ranking

Utusan Borneo

31.12.2016

 

UMS tingkat prestasi di peringkat antarabangsa

Daily Express

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN  INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PUSAT KECEMERLANGAN INDUSTRI (ICOE) KLUSTER PERTANIAN
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan dana ICoE Kluster Pertanian kini dibuka sehingga 15 Februari (Rabu) 2017.
 
Kriteria Kertas Kerja yang berimpak tinggi :-
  1. Program tersebut memberikan sijil kemahiran.
  2. Terdapat peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.
  3. Mempunyai industri utama sebagai rakan industri
  4. Perkongsian dana (Industri/Agensi, Institusi dan ICoE)
 
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari http://icoe.ums.edu.my. Sebarang pertanyaan juga, boleh dimajukan melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan melalui telefon (088-320000, ext 612701/612700).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan
 

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB;1034/4146/1065
SUBJEK:  MAKLUMAN AWAL BAGI PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) BAGI FASA 1/2017

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2017 bakal dibuka bermula pada sesi pendaftaran pelajar pascasiswazah diadakan, iaitu 24 Februari 2017 (Jumaat).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu setelah pendaftaran pelajar tersebut dibuka.
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Pn. Norainie Awot) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 4146 / 1034.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 15 Februari 2017 (Rabu) 
 
Sekian, terima kasih.