PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: HEBAHAN KLINIK AL-QURAN DAN IQRA’ SIRI 1 - ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALYSIA SABAH (PIUMS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat HELWA, Pusat Islam UMS akan menganjurkan Klinik Al-Quran Dan Iqra’  Siri 1 (Wanita Sahaja) pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : Bulan Februari - November 2017
Hari                : Setiap Hari Selasa Dan Khamis
Masa               : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Pusat Islam UMS
Yuran             : RM35.00 termasuk 6% GST
                                                             
Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan kelas tersebut seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee di talian H/P : 019-8421030 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2730 / atau Ustazah Noorisah Taljid di talian H/P : 013-8306744 / Pej. :   088-320000 - Samb. 2743.                           
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./ Dr./Tuan/ Puan/Saudara/ Saudari berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
 
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2017: PERTUKARAN NAMA KUMPULAN PERKHIDMATAN BUKAN AKADEMIK KEPADA KUMPULAN PERKHIDMATAN PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/). Maklumat lanjut mengenai pekeliling ini boleh menghubungi En. Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di talian 088-320 000 samb. 1444.
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: AKTIVITI MIGRASI PANGKALAN DATA UNTUK KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DRC
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke sistem aplikasi UMS berikut ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan pelayan pada 21/JAN/2017 (SABTU) dari Jam 12:00AM hingga 12PM tengahari .
 
Sistem-sistem terlibat adalah seperti berikut:
 
1
Sistem Kedatangan Pekerja (e-Attendance)
2
Sistem Hal Ehwal Pelajar & Alumni
3
MySDP
4
Portal Alumni
5
Portal Kewangan
6
Pu-02
7
Pu-03
8
I-Claim
9
Portal Pembekal
10
Portal Single Sign On Kakitangan
11
Sistem Pengurusan Aset
12
Total Aset Management System
13
Sistem Pengurusan Stor
14
Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan
15
Sistem Automasi Pejabat
16
Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu
17
Sistem Maklumat Pelajar Asasi Sains
18
Sistem Maklumat Pelajar Pra-Siswazah
19
Sistem Maklumat Pelajar Pasca Siswazah
20
Sistem Maklumat Pelajar Pensiswazahan Guru (Pra-Siswazah)
21
Sistem Maklumat Pelajar Sekolah Perubatan Pra-Siswazah
22
E-lnpt Guru
23
Sistem CV Online
 
Segala kesulitan amat kami kesali.
*Sistem CCTV, SAGA, Perpustakaan, Perakam waktu dan capaian Internet berfungsi secara biasa.