PENGUMUMAN DARIPADA :KELAB SURIRUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KESUMBA)
SUBJEK: JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM KESUMBA
PEGAWAI DIHUBUNGI : PUAN ELIZABETH MALANJUN (016-830 7801) PUAN NORAZAH HAMZAH(019-870 1712) PUAN ANITA JAMO@RUDY (016-776 8285) PUAN LIANA NASIR (011-2683 5105)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) akan menganjurkan Majlis Makan Malam KESUMBA pada 4 Mac 2017 (Sabtu) di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu bermula jam 6.30 petang.

Sehubungan itu, KESUMBA selaku penganjur Majlis Makan Malam ini ingin menjemput semua ahli KESUMBA untuk menghadiri majlis makan malam ini. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM35.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Lima Sahaja). Tarikh tutup untuk pengesahan kehadiran adalah pada 17 Februari 2017 (Jumaat)

Kerjasama YBhg. Prof./ Dr./Puan/Cik mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'MAJU SEHATI'

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Pinjaman Jangka Masa Panjang
 
Kepada Pelajar Prasiswazah UMS, pinjaman jangka masa panjang untuk Cuti Semester I sesi 2016/2017 akan bermula pada 13 Januari 2017 (Jumaat) dan tarikh pemulangan adalah pada 17 Februari 2017 (Jumaat).
 
Sekian, Terima Kasih.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Jemputan Higher Education Talk “The Concept Of University: Beyond Ranking”
 
YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN HIGHER EDUCATION TALK “THE CONCEPT OF UNIVERSITY : BEYOND RANKING”
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Unit LPU dan Unit Latihan, Jabatan Pendaftar akan mengadakan majlis ilmu seperti di atas yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi LPU, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada ketetapan berikut:
 
Tarikh
: 18 Januari 2017 (Rabu)
Masa
: 8.00 pagi
Tempat
: Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah
 
3.       Sehubungan itu, semua kakitangan akademik adalah dipohon hadir. Maklumat lanjut mengenai majlis ini bolehlah menghubungi Pn. Norazah Hamzah (Ext: 1505) / Cik Erneh Abdul Rahim (Ext: 1455).
 
Kesudian YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan hadir ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

HIGHER EDUCATION TALK

TAJUK: THE CONCEPT OF UNIVERSITY – BEYOND RANKING

TARIKH: 18 JANUARI 2017 [RABU]

TEMPAT: DEWAN RESITAL, UMS

MASA: 8.00 PAGI

PENCERAMAH:

YBHG. PROF. TAN SRI DATO’ DZULKIFLI ABDUL RAZAK

PENGERUSI, LEMBAGA PENGARAH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

8.15 pagi

:

Ketibaan dan Pendaftaran Kakitangan

8.30 pagi

:

Ketibaan Pegawai Utama dan Ketua Jabatan

8.35 pagi

 

8.40 pagi

:

 

:

Ketibaan Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Sabah

Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah

Naib Canselor

8.45 pagi

:

Ketibaan YABhg. Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

8.50 pagi

:

Ketibaan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

9.00 pagi

:

  • Ucapan Aluan YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah

Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 

 

  • Sesi Bersama YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak

Pengerusi, Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 

 

  • Sesi Dialog/ Soal Jawab

12.30 tengahari

:

Bersurai

 

 

Kod Pakaian: Lounge Suit

 

 

 

Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Power Walk Bersama Pendaftar
Pegawai Dihubungi
: En.Ramlan (014-8926342)
 
MAKLUMAN POWER WALK BERSAMA PENDAFTAR
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
 
2.  Adalah dimaklumkan bahawa,Pusat Sukan UMS akan manganjurkan Program POWER WALK BERSAMA PENDAFTAR pada ketetepan berikut:
 
TARIKH: 18 JANUARI 2017
MASA: 4.30 PETANG
TEMPAT: LAMAN CANSELORI UMS

 

3.  Sehubungan itu, kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.bersama ini disertakan flyers untuk rujukan. Segala perhatian dan kerjasama pihak Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian