Pilih bahasa anda

Language

UMS Bangunkan Modul Pemakanan Bantu Masyarakat Amal Pemakanan Sihat

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) telah mengadakan kerjasama dengan B Project Academy Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia latihan kecergasan dalam membangunkan modul pemakanan bagi membantu masyarakat mengamalkan pemakanan sihat secara selamat dan mampan.

Inisiatif tersebut merangkumi penghasilan pelbagai bahan pendidikan pemakanan seperti buku panduan pengiraan keperluan tenaga dan protein, cadangan menu harian serta resipi sihat.

Modul berkenaan dibangunkan bagi membantu klien B Project Academy Holding Sdn Bhd dalam mencapai sasaran berat badan dan tahap kesihatan yang optimum melalui panduan pemakanan yang lebih terancang.

Pensyarah Kanan FSMP UMS, Dr. Khor Ban Hock berkata kerjasama itu merupakan usaha untuk mengaplikasikan kepakaran akademik dalam keperluan sebenar industri dan masyarakat.

“Kolaborasi ini merupakan langkah proaktif fakulti dalam mentransformasikan kepakaran akademik kepada aplikasi praktikal industri.

“Penyediaan bahan pendidikan pemakanan yang praktikal dan berstruktur ini membolehkan hasil penyelidikan dalam bidang sains pemakanan diterjemahkan secara langsung bagi membimbing masyarakat mencapai gaya hidup sihat dengan lebih berkesan,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama strategik seperti itu mengukuhkan lagi peranan UMS dalam menerajui jaringan akademia-industri, sekali gus membuka lebih banyak peluang integrasi kepakaran tempatan demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Selain menyediakan latihan kecergasan, B Project Academy Holding Sdn Bhd juga adalah hab kesihatan holistik di Sabah yang mengendalikan pelbagai fasiliti serta program kecergasan, termasuk B Wellness Studio, Cycling Lab, Prove Fitness Lab dan B Project Hub.

Kerjasama tersebut turut melibatkan sesi lawatan dan perbincangan strategik bersama delegasi syarikat berkenaan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Sally Lee, bersama barisan kejurulatihan syarikat tersebut.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda