Pilih bahasa anda

Language

UMS Bantu 87 Pelajar Menerusi Program Siswa SULUNG 3.0 dan 4.0

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus komited memperkasa akses pendidikan tinggi kepada golongan kurang berkemampuan menerusi pelaksanaan Program Siswa SULUNG 3.0 dan 4.0 yang memberi manfaat kepada 87 pelajar universiti itu.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, program tersebut merupakan inisiatif penting dalam membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya golongan B40 untuk meneruskan pengajian di institusi pendidikan tinggi.

Program itu katanya turut membuka peluang kepada generasi pertama dalam keluarga melanjutkan pengajian ke universiti sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup keluarga melalui pendidikan.

“Di UMS, pelaksanaan Program SULUNG memberi fokus kepada bantuan pembiayaan yuran pengajian bagi membantu pelajar yang layak.

“Pihak universiti sentiasa komited memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian tanpa dibebani masalah kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Siswa SULUNG 3.0 dan 4.0 UMS di Dewan Bankuasi, UMS.

Kasim menambah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS turut membantu pelajar Program Siswa SULUNG mendapatkan penajaan dan biasiswa daripada pelbagai agensi termasuk Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sarawak, Yayasan Tenaga Nasional dan institusi zakat.

“Hasil usaha berterusan tersebut, seramai 20 pelajar berjaya menerima tawaran penajaan dan biasiswa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar menghargai peluang dan bantuan yang diberikan dengan terus berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Raman Noordin; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Azmi Jumat; dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMS, Allen Paul Justinus Situ.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda