Pilih bahasa anda

Language

UMS Bawa Misi Celik Iklim kepada murid di Indonesia melalui International School Climate Carnival

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) membawa misi meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai perubahan iklim dalam kalangan murid menerusi International School Climate Carnival di Sekolah Dasar Islam Terpadu (SDIT) Harapan Umat (HARUM) Jember, Indonesia, baru-baru ini.

Program hasil kerjasama UMS dan Fakulti Kesehatan Masyarakat, Universitas Jember (UNEJ) itu melibatkan 90 murid Darjah Dua hingga Empat yang mengikuti pelbagai aktiviti berasaskan permainan berkaitan perubahan iklim.

Pendekatan tersebut membolehkan murid mempelajari isu perubahan iklim secara lebih aktif melalui aktiviti yang menggalakkan kreativiti, keyakinan dan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.

Ketua Projek, Profesor Madya Dr. Zulkhairul Naim Sidek Ahmad berkata, program tersebut merupakan pelaksanaan kedua inisiatif pendidikan perubahan iklim yang dibangunkan oleh pasukan UMS.

“Sekolah pertama yang kita jalankan sebelum ini ialah di SK Rengalau Baru, Tuaran, Sabah, yang memberi fokus kepada aspek kelestarian. Di Jember, kita membawa pendekatan yang sedikit berbeza dengan menggunakan permainan sebagai medium pembelajaran.

“Pendekatan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha UMS untuk mengembangkan pendidikan perubahan iklim yang bukan sahaja menekankan pengetahuan, tetapi turut membina kesedaran, kreativiti, keyakinan dan keupayaan murid untuk bertindak,” katanya.

Sementara itu, peserta Darjah Empat, Nasyita Shafwatun Nisa Prasetyo berkata, beliau berasa gembira kerana berpeluang mengikuti pembelajaran melalui permainan.

“Saya sangat suka program ini kerana kami boleh belajar sambil bermain. Aktiviti yang dijalankan menarik dan membuatkan saya lebih mudah memahami tentang perubahan iklim,” ujarnya.

Turut hadir, Guru Besar SDIT HARUM Jember, Sri Puji Hastuti, S.Pd; wakil dari UNEJ, Profesor Madya Dr. Dewi Rokhmah, barisan guru serta warga sekolah SDIT HARUM Jember.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda