Pilih bahasa anda

Language

UMS, CF Learning Meterai MoA Perluas Akses Pembelajaran Sepanjang Hayat

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama CF Learning Sdn. Bhd. bagi memperluaskan akses kepada program pembelajaran fleksibel yang memenuhi keperluan industri dan masyarakat.

Melalui kerjasama strategik tersebut UMS dan CF Learning akan membangunkan serta menawarkan pelbagai inisiatif PSH.

Ini termasuk kursus jangka pendek, program peningkatan kemahiran, latihan semula dan mikrokredensial sebagai usaha memenuhi keperluan pembelajaran, peningkatan kompetensi dan pembangunan bakat bagi individu, organisasi serta industri sejajar dengan tuntutan ekonomi dan dunia pekerjaan masa kini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam membangunkan ekosistem pembelajaran yang lebih inklusif, fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap pendidikan serta industri.

Inisiatif tersebut katanya diyakini mampu membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat, khususnya golongan belia dan tenaga kerja, untuk meningkatkan kompetensi yang selari dengan kehendak pasaran pekerjaan.

“Kerjasama ini turut memperkukuh kedudukan UMS sebagai institusi pendidikan tinggi yang sentiasa komited menyampaikan ilmu, kepakaran dan penyelesaian pembelajaran yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Dalam era ini, institusi pengajian tinggi perlu memperkukuh hubungan strategik dengan rakan industri bagi memastikan pembangunan kurikulum dan latihan profesional sentiasa relevan,” katanya ketika berucap pada majlis pemeteraian MoA berkenaan di Bangunan Canselori, UMS baru-baru ini.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dimeterai itu bukan sekadar memperluaskan jaringan kolaborasi, malah menjadi platform untuk menggabungkan kepakaran akademik universiti dengan pengalaman serta keperluan sebenar industri.

Pihak UMS juga katanya yakin kerjasama berkenaan akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi yang menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan, pengukuhan kompetensi tenaga kerja dan pembangunan sosioekonomi negara.

Pada majlis tersebut, Kasim mewakili UMS menandatangani dokumen MoA, manakala CF Learning diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Grace Chin Lu Na.

Turut hadir Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Pengarah Pusat Pendidikan Fleksibel UMS (UMSFLEC); Profesor Ts. Sazmal Effendi Arshad dan Pengurus Besar Jetama Water Sdn. Bhd., Profesor Ts. Jude Abel Logijin.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda