Pilih bahasa anda

Language

UMS–Sedafiat Meterai MoU Perkasa Pembangunan Digital dan Kebajikan Pelajar

Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sedafiat Sdn. Bhd. bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan digital, pembangunan modal insan serta inisiatif kelestarian yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan komuniti.

Menurut Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, MoU tersebut menandakan permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang mencerminkan komitmen  UMS dan Sedafiat dalam memacu agenda inovasi, kelestarian serta kesejahteraan masyarakat.

“Kerjasama ini merangkumi pembangunan penyelesaian digital secara bersama melalui Jabatan Digital UMS bagi menyokong operasi teknologi Sedafiat, selain penyediaan peluang latihan industri kepada pelajar universiti berkenaan.

“Sedafiat turut menyediakan tajaan dermasiswa kepada pelajar daripada golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU) sebagai usaha meningkatkan akses pendidikan dan mobiliti sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Auditorium Jabatan Digital UMS, baru-baru ini.

Tambah Kasim, kerjasama berkenaan turut melibatkan pelaksanaan program pembangunan bakat dan kapasiti melalui bengkel serta latihan untuk pelajar dan staf kedua-dua pihak.

“Ia merangkumi pelaksanaan projek landskap hospital menggunakan kepakaran Fakulti Perhutanan Tropika UMS, pembangunan kabin serba guna di tapak projek SFERA@UMS, serta pelaksanaan projek teknologi kompos dan pengurusan sisa secara kitaran sebagai inisiatif kelestarian alam sekitar.

“Kerjasama antara institusi pendidikan tinggi dan industri amat penting dalam menghasilkan penyelesaian inovatif serta menyumbang kepada pembangunan negara secara menyeluruh,” ujar beliau.

Turut hadir Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi serta Ketua Pegawai Digital Jabatan Digital UMS, Profesor Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda