Pilih bahasa anda

Language

UMS – Universiti Pristina Kosovo Perkukuh Jalinan Kolaborasi

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh jalinan kolaborasi antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan Universiti Pristina, Kosovo menerusi satu lawatan akademik yang diadakan baru-baru ini.

Lawatan tersebut melibatkan pensyarah dari Program Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Nur Fadilah Darmansah, yang telah menerima jemputan rasmi untuk menyampaikan syarahan akademik di universiti berkenaan.

Ia bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap kepakaran UMS dalam bidang alam bina, tetapi membuka ruang baharu dalam memperluaskan jaringan antarabangsa UMS di peringkat global.

Menurut Fadilah, jaringan kerjasama itu dijangka memberi impak positif kepada pembangunan akademik dan penyelidikan UMS sekali gus memperkukuh kedudukan universiti sebagai institusi yang aktif dalam pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

“Usaha ini bukan sahaja membuka peluang kepada pertukaran ilmu dan kepakaran, malah meningkatkan keterlihatan UMS di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, selain sesi syarahan, lawatan tersebut turut menjadi platform penting dalam memperkasa kolaborasi antara kedua-dua institusi menerusi penglibatan beberapa fakulti berkaitan di Universiti Pristina termasuk Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Seni Bina.

"Pelbagai perbincangan telah diadakan melibatkan potensi kerjasama dalam program mobiliti pelajar, penerbitan bersama, kolaborasi penyelidikan serta penganjuran persidangan akademik secara bersama pada masa akan datang.

"Lawatan ini juga sekali gus mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam memperluas hubungan strategik antarabangsa serta meningkatkan peluang kolaborasi berimpak tinggi," ujar Fadilah lagi.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda