Pilih bahasa anda

Language

UMS Wakili Malaysia di Program Antarabangsa Komunikasi Sains di Chengdu



Universiti Malaysia Sabah (UMS) mewakili Malaysia dalam Tianfu Sci-Tech Innovation & Silk Road Science Popularization International Science Popularization Exchange Event, yang menghimpunkan pakar komunikasi sains dan institusi dari beberapa negara bagi berkongsi idea serta pengalaman dalam program jangkauan STEM dan pemasyarakatan sains.
 
Program tersebut menghimpunkan peserta dari China, Singapura, Thailand, Rusia dan Malaysia sebagai platform untuk mengukuhkan kerjasama antarabangsa serta mempromosikan kerjasama global dalam komunikasi sains dan pendidikan STEM.
 
Penyertaan Malaysia diwakili menerusi pembentangan oleh wakil UMS merangkap Ketua Pustakawan UMS, Zawawi Tiyunin bertajuk “Professor@School Universiti Malaysia Sabah (UMS): Bringing STEM Closer to Communities in Sabah”.
 
Menurut Zawawi, pembentangan tersebut memaparkan peranan universiti dalam memperluaskan akses masyarakat terhadap pendidikan sains serta meningkatkan kesedaran berkaitan STEM dalam kalangan komuniti setempat.
 
“Program ini merupakan inisiatif UMS dalam melaksanakan program jangkauan STEM, aktiviti libat urus komuniti dan memperkukuh usaha komunikasi sains di seluruh Sabah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
 
“Ia menampilkan sesi perbincangan dan perkongsian ilmu yang memberi tumpuan kepada pendekatan inovatif dalam pemasyarakatan sains serta penglibatan awam dalam bidang berkaitan STEM,” kata beliau.
 
Tambah Zawawi, pogram itu turut membuka peluang kepada institusi yang terlibat untuk bertukar amalan terbaik dan meneroka potensi kerjasama dalam inisiatif komunikasi sains pada masa hadapan.
 
“Persembahan Malaysia bertajuk Science is Awesome! yang disampaikan oleh Malcolm Jilimin dan Fatin Khatreena Michael dari U-Science UMS itu menampilkan demonstrasi sains yang menyeronokkan dan interaktif bagi menjadikan pembelajaran STEM lebih mudah diakses serta menarik kepada pelbagai lapisan masyarakat.
 
“Negara-negara peserta juga mempersembahkan siri pertunjukan sains interaktif bagi memupuk minat masyarakat terhadap bidang sains menerusi demonstrasi yang menarik dan interaktif.
 
"Penyertaan UMS mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperluaskan kesedaran STEM dan memperkukuh penglibatan komuniti menerusi inisiatif pendidikan sains di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujar beliau.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda